Awal semalam, Amar Baharin ada memberikan dedikasi terhadap isteri tersayang, Amyra Rosli menerusi Instagram.
Ucapan tersebut diberikan Amar buat Amyra yang juga pasangannya menerusi drama Cemburu Seorang Perempuan yang sudah pun mempunyai kira-kira 5 juta pengikut di platform terbabit.
Ads
Secara seloroh, Amar menitipkan katanya di ruangan kapsyen iaitu;
“Daddy: Awak tahu tak apa beza awak dengan 5 Juta followers awak?
.
Mommy: Apa dia?
.
Daddy: 5 juta tu follow awak… tapi awak sentiasa follow saya solat lengkapkan jemaah saya #chiachiachia
.
Congrats Mommy 5M followers.
Sekeping foto mesra sedang mengucup kepala seorang wanita, pelakon Isa Khan meluahkan isi hati dengan menyifatkan kekasih hatinya seorang wanita yang sangat sempurna.
Malah, dia mempatrikan janji untuk menjadikannya sebagai wanita paling bahagia di dunia.
“Sayang, kamu tlah muncul dalam hidup aku pada saat aku ga punya siapapun. Kamu tlah memberi segala arti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.
“Kamu tlah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat coba untuk meracuni pikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku,” tulis Isa.
Jelasnya walaupun hubungan ini terjalin dengan pantas, namun dia percaya inilah jodoh yang ditentukan tuhan.
“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa udah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang.
“Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini. Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku.
“Aku cuman mau kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang. InsyaAllah.. Tuhan tlah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih karna tlah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku ga akan kecewakan kamu,” jelasnya.
Memberi bayangan kata-kata ‘counting days’, lelaki berusia 26 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut akan maksud penyatuan seperti yang ditulis.
“Kepada sahabat” media, minta maaf aku belum bisa kasih apa” penyataan untuk sekarang. Minta doa dari kalian moga semuanya di permudahkan buat aku dan dia. Assalamualaikum.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Isteri kepada penyanyi dan guru vokal, Fikri Mark Adam Abdullah iaitu Norazah Redzuan mengakui suaminya ada mengikuti kelas belajar bahasa Jawi dan mengaji ayat suci al-Quran sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Difahamkan, Mark mulai serius untuk belajar selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 awal Oktober lalu.
Berkongsi mengenai perkara itu, Norazah yang mesra disapa Ezan yang juga merupakan pengurus Mark bersyukur dengan inisiatif yang dilakukan suami.
“Sebelum ini memang sudah lama timbul kesedaran untuknya belajar mengaji, kalau saya nak ajar pun, saya bukanlah sempurna. Sebelum ini dia ada belajar al-Quran di sebuah institusi.
“Kebetulan yang ajarnya ialah seorang Ustaz yang pada masa sama ada ambil kelas vokal bersama suami.
“Jadi alang-alang saya ada bertanya sama ada boleh atau tidak untuk ajar suami mengaji dan kebetulan dia pun pernah ajar orang di kelas mengaji. Selepas habis kelas vokal, ajar suami saya pula.
“Dimulai dengan mengenal huruf Jawi dan belajar Muqaddam terlebih dulu,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sesi pengajian yang berjalan, Ezan memberitahu ia berlangsung selama beberapa jam, sekali seminggu.
“Beliau okay dan sejak itulah suami mulai belajar mengaji. Lazimnya, kelas akan berjalan setiap Khamis seminggu sekali.
“Awalnya, kami ada juga mencari dan bertanya mengenai guru mengaji, cuma kali lebih selesa andai guru datang ke kelas vokal dan belajar di sana.
“Lebih gemar kalau belajar secara perseorangan. Alhamdullah, ia dipermudahkan,” akuinya yang baru memulakan sesi berkenaan sejak bulan lalu.
Berkongsi mengenai video belajar huruf Jawi yang dimuat naik Mark di laman Instagramnya, Ezam pada awalnya tidak tahu ia akan dikongsikan suami.
“Saya gembira bila ramai yang mendoakan yang baik-baik. Cuma sebenarnya saya tidak tahu pun dia akan kongsikan video tersebut.
“Sebab awalnya, saya tiada pada sesi kelas tersebut, jadi saya mintanya untuk update kepada saya apa yang sedang berlaku di kelas dan dia berikan video tersebut.
“Tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk. Cuma saya bersyukur kalau ada yang angap dia boleh berikan motivasi dan mendoakan yang terbaik buat suami saya. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.