Beberapa hari lalu, penyanyi dan pelakon Sharul Kamal ada mendedahkan dia antara individu yang tidak menyukai penyanyi, Haqiem Rusli tidak lama lalu.

Bagaimanapun, Sharul merakamkan rasa syukur apabila penyanyi yang sinonim dengan lagu Tergantung Sepi itu sudah pun memaafkan dirinya serta rakan industri yang pernah membencinya suatu ketika dahulu.

“Aku manusia biasa yang berdosa. aku antara orang yang benci haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia.

“Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih qiem,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

Dalam Tweet yang dilayangkan itu, bintang yang mulai dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia 2015 turut berkongsi paparan perbualan bersama Haqiem Rusli.

IKLAN

“Sebab Tu Rezeki Aku Sempit,” – Sharul Kamal Dedah Pernah Benci Haqiem Rusli, Syukur Tuan Badan Dah Lama Maafkan

“Sebab Tu Rezeki Aku Sempit,” – Sharul Kamal Dedah Pernah Benci Haqiem Rusli, Syukur Tuan Badan Dah Lama Maafkan

Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap bintang muda itu yang tidak takut untuk mengakui kesilapan seterusnya cuba untuk menjernihkan kembali situasi.

IKLAN

Sharul sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa buah single selain turut aktif berlakon dalam drama tempatan.

Sementara itu, Haqiem seperti yang dipetik mStar menjelaskan dia terpanggil untuk memberi sokongan kepada Sharul selepas membaca salah satu Tweet yang ditulis penyanyi berkenaan.

“Apabila saya ternampak tweet Sharul, saya sebagai orang yang pernah rapat dengan dia takkan nak biar saja dia macam tu? At least, bagi sikit kata-kata semangat untuk dia,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Pada masa sama, Haqiem turut berpendapat bahawa setiap insan seni yang berada dalam industri perlu kuat.

“Sebenarnya apabila jadi artis ni kita hidup dalam kebencian orang, kita hidup dalam kepujian orang. Orang lain tak tahu apa yang kami rasa.

“Mereka hanya boleh mengecam, jadi keyboard warrior, sebab mereka tak ada kat tempat kami. Jadi, kebanyakan daripada mereka menilai tanpa selidik apa yang berlaku,” tambahnya lagi.

Foto: Instagram Sharul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI