Elly Mazlein mengesahkan dirinya bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihannya asal Kelantan, menjelang pertengahan Disember ini.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menerusi Harian Metro dipetik menjelaskan, majlis akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan jemputan terpilih sahaja.
“Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup.
”Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.
“Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan.
Ads
“Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad,” katanya lagi apabila bercakap mengenai tarikh nikahnya pula.
Sematara itu, Elly masih memberikan jawapan samar-samar apabila ditanya sama ada si dia yang dikenali sebagai Azlan itu akan muncul atau tidak pada majlis berkenaan.
Ads
“Sama-sama kita nantikan,” katanya.
Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Ads
Terdahulu, Elly yang sinonim disapa Kak Lina itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum sedia foto wajah kekasihnya pada umum.
“Gemuruh… Takut… Happy.” Itu kata pertama yang diungkap pelakon, Lisdawati apabila diberi amanah mendukung watak sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerusi filem biopik, Mahathir: The Journey.
Katanya kepada MH, dia beranikan diri untuk sahut cabaran hadiri uji bakat dan gembira apabila berjaya mendapatkan watak berkenaan.
“Saya dapat tawaran tersebut bulan lalu dan awalnya, mereka panggil untuk uji bakat pencarian pelakon dan saya beranikan diri untuk hadir. Saya buatlah persediaan, pakai baju dan tudung yang sama sepertinya.
“Sebelum ini, memang sudah ada cakap-cakap malah sudah ada orang yang panggil pun saya dengan nama beliau. Okaylah… ada iras kot. Untuk itu saya ambil cabaran cuba hadiri uji bakat.
“Bila diuji bakat tu, masa lafaz dialog dan hafal skrip mereka kata okay dah confirmed dah,” seloroh Lisda.
Lis, 40, bagaimanapun turut akui belum pernah bertemu secara empat mata dengan ahli politik terbabit.
“Tapi saya tak pernah jumpa dengannya secara empat mata. Cuma bila tengok dari gambar, saya rasa dia macam saya. Pada awalnya, saya tak terfikir pun wajah kami seiras.
“Pernah saya pegang karektor sebagai nenek, saya pakai tudung lalu lipatkan tudung ada pula yang panggil saya Wan Azizah. Apa pun saya berterima kasih kepada pihak produksi atas kepercayaan,” katanya lagi.
Risau untuk jayakan watak tokoh yang masih lagi aktif dalam bidang politik, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan pasti akan ada yang membandingkan.
“Bukan senang kita nak pegang watak insan yang masih lagi hidup, pasti akan ada yang membandingkan.
“Cuma alhamdulillah babak saya tidaklah banyak, hanya ada satu sahaja babak penting di mana saya perlu memujuk Tun.
“Saya ada masa kira-kira sebulan untuk kaji watak, tengok tengok caranya bercakap dan sebagainya,” jelasnya lagi.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah) dan Dazrin (Syed Saddiq).
Sementara penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan pengasas filem, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
Tidak kekok berkongsi petua kecantikan mengenai penjagaan dan kesihatan mata, pelakon Mawar Rashid mendedahkan penjagaan mata yang efektif dan berkesan.
Kongsi Mawar menerusi Youtube Channel, mata memainkan peranan penting kerana ia merupakan aset utama di bahagian muka.
“Mawar nak kongsi perkara paling penting iaitu mata, kerana mata merupakan satu aset yang penting bagi setiap manusia.
“Bak kata pepatah “cinta pandang pertama”, sebab itu dari mata turunnya ke hati.
“Bawah mata kita merupakan kulit lima kali ganda lebih nipis daripada kulit kita yang biasa. Bahagian itu juga tidak mempunyai pori-pori untuk mengeluarkan minyak.
“Jadi bayangkan kalau setiap hari kita kelip mata, otot mata kita bergerak setiap masa,” kongsi Mawar dengan menggunakan loghat Kelantan.
Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu juga menyarankan penggunaan krim bagi penjagaan bahagian bawah mata yang sihat.
“Mawar nak kongsikan kepada anda semua untuk menggunakan eye cream. Jangan pandang remeh kerana eye cream boleh membantu melembapkan bahagian bawah mata dan dapat mengelakkan mata menjadi sembab.
“Anda juga boleh beli alat urutan (massage) bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar. Kita nak kulit sihat dan natural beauty,” kongsi Mawar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan loghat yang disampaikan pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu.