Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak mahu masuk campur dan tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan kesahihan rumah tangga adiknya yang didakwa sudah bercerai dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Menurut Ayda, dia meminta ruang bagi dirinya memandangkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang privasi dan leboh baik agar tuan badan yang tampil sendiri menjawab.

“Jangan tanya hal berkenaan kepada saya. Rasanya lebih baik tanya kepada tuan badan. Jujurnya penat saya nak menjawab.

“Bila isu melibatkan mereka sahaja, sudah pasti saya yang ditanya dan dicari. Saya sebagai kakak mendoakan yang baik-baik untuk Fyna,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, peminat digemparkan dengan berita yang mendakwa pasangan berkeanan sudah berpisah.

Perkara tersebut didedahkan anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial, mendedahkan bapanya sudah menceraikan Fyna.

IKLAN

Zahira mempertikaikan satu posting mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini yang dikatakan sudah berdamai susulan kelihatan mereka duduk semeja.

Difahamkan pasangan ini sudah dua minggu bercerai.

IKLAN

Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan berkahwin pada Januari lalu namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai hari bahagia mereka kepada umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI