Seperti biasa, penampilan eksentrik yang dibawa penyanyi Aina Abdul pada dua minggu berturut-turut di program Big Stage 5 (BS5) menjadi sorotan warganet.

Menduduki kerusi juri tetap bagi edisi Big Stage kali ini, Aina Abdul yang tampil mengenakan persalinan yang unik seperti kebiasaan menerima reaksi pelbagai terutamanya di media sosial.

Pelbagai gelaran atau perumpamaan telah diberikan buat penyanyi lagu Terus Hidup ini.

Baju Hijau Aina Abdul Disamakan Macam Air Katira & Broccoli, Netizen Nasihat – “Jadi Juri Duduk Berjam-Jam Better Simple Je Dah Meletop.” Baju Hijau Aina Abdul Disamakan Macam Air Katira & Broccoli, Netizen Nasihat – “Jadi Juri Duduk Berjam-Jam Better Simple Je Dah Meletop.” Baju Hijau Aina Abdul Disamakan Macam Air Katira & Broccoli, Netizen Nasihat – “Jadi Juri Duduk Berjam-Jam Better Simple Je Dah Meletop.”

Misalnya di BS5 Ahad lalu, Aina yang tampil mengenakan persalinan hijau epal lengkap dengan turban ‘gergasi’ telah disamakan seperti Ulat Beluncas, Air Katira, Kobis dan Broccoli.

IKLAN

Meski ia hanyalah seloroh wargamaya, namun ada juga yang tampil menasihatkan Aina agar mengenakan persalinan yang lebih ‘relak’ kerana dia hanya berada di kerusi juri sepanjang program berjalan.

“Bagi saya jika show on stage okay. Tapi sekadar jadi juri duduk berjam-jam better simple je pun dah meletop. Sebab semua dah kenal dia A.A.”

“Less is more.”

IKLAN

“Simple lebih menarik dan anggun.”

“Tergamaklah dia nak pakai baju macam tu.”

IKLAN

Bagaimanapun, tak kurang yang memuji keberanian Aina yang yakin tampil berbeza selain ada yang sudah sedia maklum dengan imej yang sinonim dibawa bintang berkenaan.

@mediahiburanofficial Kalau tak unik, bukan Aina Abdul namanya. Okay tak baju dia di Big Stage minggu kedua gais? #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Summer day – TimTaj

@mediahiburanofficial Aina Abdul sinonim dengan persalinan feysen eksentrik namun unik. Lain dari lain pastinya! #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI