Sejak beberapa hari lalu, pengguna media sosial termasuk selebriti yang berkongsi momen indah bersama para isteri atau ibu masing-masing sebagai simbolik meraikan sambutan Hari Ibu yang disusuli dengan dedikasi istimewa buat insan yang paling bermakna.

Usahawan dan penyampai radio, Shuib misalnya turut berkongsi hantaran video pendek sempena Hari Ibu khas buat isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin di laman Instagram, baru-baru ini.

Menerusi video yang didukung jenama tudung Loveta itu, anak sulung kepada pasangan berkenaan, Uwais Al Qarni dilihat berlakon bersama datuknya iaitu Raissuddin Hamzah dan ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah yang sinonim disapa sebagai Mak Der.

Meruntun hati, antara babak yang menjadi perhatian warganet ialah apabila Uwais meminta datuknya untuk menziarahi kubur arwah dan mahu ke pusara seorang diri.

Di dalam video yang dikongsi, Uwais dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi pusara ibu tercinta sebelum memeluk datuknya.

Shuib menerusi ruangan kaspyen turut menitipkan kata-kata indah buat ibu kepada empat cahaya mata itu.

IKLAN

“Siti Akan Sentiasa ‘Hidup’ Dalam Keluarga Kita,” – Shuib Sayang Isteri Dunia Akhirat, Video Anak Sulung Ziarah Pusara Buat Hati Rasa Sayu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Selamat Hari Ibu buat Kesayangan @sitisarahraissuddin. Tahniah @suciuwais dan Tuan Pengarah @raissuddin_hamzah. Siti (Sarah) akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampai ah di hujung nafas yang terakhir.

“Proud @lovetahq Good Job. Bagusnya la hai anak daddy Uwais berlakon, sebijik mcm ibu. Sayang Uwais. Al Fatihah buat kesayangan dunia dan akhirat Siti Sarah Raissuddin. Semoga Syurgalah tempatmu,” tulis Shuib.

IKLAN

Artikel Berkaitan;

“Uwais Anak Terakhir Saya Tunggu Dia Beri Persetujuan,” – Nikah Jun Ini, Shuib Kongsi Hal Kerja Kahwin

“Salah Satu Impian Andai Ada Di Antara Mereka Bergelar Al-Hafiz,” – Siti Sarah Ulas Anak Sulung Dapat Tempat Di Pertandingan Hafazan

“Siti Akan Sentiasa ‘Hidup’ Dalam Keluarga Kita,” – Shuib Sayang Isteri Dunia Akhirat, Video Anak Sulung Ziarah Pusara Buat Hati Rasa Sayu “Siti Akan Sentiasa ‘Hidup’ Dalam Keluarga Kita,” – Shuib Sayang Isteri Dunia Akhirat, Video Anak Sulung Ziarah Pusara Buat Hati Rasa Sayu

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tidak dapat menahan sebak dan terkesan dengan video yang dipaparkan.

Malah, ada di antara peminat dan rakan artis yang sama-sama meluahkan rasa rindu terhadap arwah, apatah lagi anak sulungnya itu mempunyai wajah persis ibunya.

“Siti Akan Sentiasa ‘Hidup’ Dalam Keluarga Kita,” – Shuib Sayang Isteri Dunia Akhirat, Video Anak Sulung Ziarah Pusara Buat Hati Rasa Sayu“Siti Akan Sentiasa ‘Hidup’ Dalam Keluarga Kita,” – Shuib Sayang Isteri Dunia Akhirat, Video Anak Sulung Ziarah Pusara Buat Hati Rasa Sayu

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI