Usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel Aeril mengulas mengenai perkembangan pembinaan masjid yang diimpilan bersama isteri Wawa Zainal yang masih belum berjalan.

Pernah menyuarakan hasrat untuk membina sebuah masjid di tanah kelahirannya di Rengit, Johor selelum ini, Aeril bagaimanapun reda dengan prosedur pembinaan yang mengambil masa lama.

“Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul “Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul “Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul

“Saya nak jawab pasal bina masjid ini pun segan sebab perancangannya terlalu lama. Kami takut orang anggap kami hanya ‘gebang’, tapi bukan kuasa kami sebenarnya. Semuanya harus mengikut prosedur.

“Kami dah lama nak bina masjid. Tapi prosedur nak bina masjid di Johor saya difahamkan berbeza dan agak rumit. Kami memang sudah sedia dengan kos kewangan untuk pembinaan masjid itu.

“Sebenarnya, kami boleh sahaja nak teruskan tanpa ikut prosedur tetapi ia tidak akan mendapat ‘gelaran’ masjid. Mungkin ia akan menjadi surau,” katanya yang turut diakui Wawa.

IKLAN

Pasangan pelakon ini mula berhasrat untuk membina  masjid sejak Julai 2020, selain dana pembinaannya yang bernilai jutaan ringgit adalah hasil keuntungan koleksi Muslim Bukhari yang dikeluarkan oleh Wawa Cosmetics.

Aeril pada masa sama rasa kesal apabila pertemuan mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah dipolitikkan sesetengah pihak, baru-baru ini.

“Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul “Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul “Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul

IKLAN

“Saya berjumpa dengan beliau kerana dia merupakan wakil untuk kawasan terbabit. Tak kisahlah parti mana yang menang pun di kawasan sana, kita kena berjumpa juga sebagai rasa hormat.

“Bila ia dipolitikkan, saya rasa tak perlu sebab kami bukan meminta bantuan duit mana-mana parti. Lainlah kalau kami jumpa mana-mana wakil rakyat dan meminta dana atau sumbangan, itu lain pula ceritanya.

“Proses pembinaan masjid semuanya belum bermula. Saya berharap selepas saya berjumpa dengan wakil rakyat itu, proses perjalanan membina masjid dipermudahkan.

IKLAN

“Saya kesal ia dipolitikkan tapi saya tak nak terlalu memikirkannya. Kalau kita terlalu ambil serius pun, ia tak akan habis. Apa yang saya boleh buat adalah jalan terus sahaja. Sekarang menanti proses kelulusan, jika ia dipermudahkan, Insya-Allah projek itu akan terus berjalan,” kata Aeril.

Terdahulu, Aeril dan Wawa ditemui pada Majlis Pelancaran Wawa X Rozyana; Asmaradana – Lagenda Kembali di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/8ttp5ExNbn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI