Sebelum ini, pelakon, Betty Rahmad ada berkongsi kisah mengenai pembantu rumahnya yang dikatakan telah melarikan diri untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki kapal.

Terbaru, Betty memaklumkan dia ada berjumpa semula dengan pembantu rumahnya itu selepas difahamkan percubaannya untuk pulang ke kampung menerusi jalan laut gagal.

Jelas ibu kepada seorang anak itu lagi, dia telah pun memaafkan perbuatan wanita tersebut kerana faham kadang-kala sesetengah orang membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

“Takpelah Tutup Mata, Maafkan…,” – Percubaan Balik Kampung Guna Kapal Haram Gagal, Betty Rahmad Jumpa Semula Pembantu Rumah

“Jejak kasih 2020. Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

IKLAN

“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Takpelah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa & kebaikan,” tulisnya.

Entri tersebut dikongsikan oleh Betty menerusi akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Betty mendedahkan pembantu rumahnya itu akan tetap pulang ke negara asalnya dan kali ini dia akan menggunakan cara dan saluran yang betul.

IKLAN

“Dipendekkan cerita, esok baru dapat balik naik flight inshaAllah. Secara sah dan dengan surat kebenaran dari majikan.

“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa her family dengan selamat InshaAllah Aamin,” kongsinya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberika kata-kata pujian selain turut menyifatkan Betty merupakan seorang majikan yang sangat baik hati.

“Takpelah Tutup Mata, Maafkan…,” – Percubaan Balik Kampung Guna Kapal Haram Gagal, Betty Rahmad Jumpa Semula Pembantu Rumah “Takpelah Tutup Mata, Maafkan…,” – Percubaan Balik Kampung Guna Kapal Haram Gagal, Betty Rahmad Jumpa Semula Pembantu Rumah

Selepas ketiadaan pembantu rumahnya, segala urusan menjaga anak serta kerja-kerja rumah dilakukan sendiri oleh Betty dengan bantuan daripada suami tercinta.

Sumber: Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI