Penyanyi, Nora Ariffin tidak mahu ambil peduli dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai tidak isteri yang tak reda dengan pemergian arwah suaminya, Johan Nawawi, tahun lalu.
Katanya, walaupun ramai isteri di luar sana yang turut kehilangan suami tetapi pengalaman yang diharungi setiap individu itu tidak sama.
“Kadang-kadang apa yang saya luahkan di Instagram itu, saya tak kisah apa orang nak kata sebab itu hak saya. Jika mereka tidak selesa mereka boleh unfollow.
“Ya betul isteri di luar sana turut kematian suami juga tapi saya pasti setiap pengalaman sedih itu tak sama.
“Orang yang tak lalui mereka takkan faham,” katanya kepada MH.
IKLAN
Nora berkata demikian ketika ditemui di sidang media Spectacular Secretaries’ Week Luncheon 2019 di Palace Of The Golden Horses (PGH), Seri Kembangan pada Khamis.
Ketika ditanya adakah Nora telah menutup pintu hatinya untuk individu lain, penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema mempunyai pendirian sendiri.
Katanya, dia hanya mampu meminta peminat doakan yang terbaik.
IKLAN
“Itu pun saya tak tahu sebab kadang-kadang kita bercakap takut salah cakap pula nanti. Apapun doa dan minta yang baik-baik sahajalah.
“Lagipun saya belum bersedia tetapi saya ada berkawan. Apa pun, berkawan dengan semua orang,” terangnya lagi.
IKLAN
Terdahulu, Nora ditemui di majlis pelancaran minggu setiausaha yang turut menampilkan penyanyi senior, Aisyah berkongsi pentas sama.
Turut sama ialah peniup saksofon, Alif Nasir yang popular dengan jolokan ‘Kenny G Malaysia’.
Spectacular Secretaries’s Week Luncheon 2019, dijadualkan berlansung pada 25 April 2019 bertempat di Royal Ballrom, PGH dan tiket mula dijual pada harga RM 600 (Sapphire), RM 500 (Ruby), RM 400 (Emerald) dan RM 300 (Amethyst).
“Kita nak jual filem ini, tak kan nak buat yang terlalu artistik. Kita juga dapat bantuan daripada Finas. Jadi kami pilih untuk menerbitkan sebuah filem komersial.”
Demikian kata pemilik produksi Respected Citizen, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengenai karya terbaharu berjudul Klepet yang menyaksikan gandingan pertama kali tiga barisan aktor popular iaitu Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen di dalam sebuah filem.
Mengulas lanjut, bukan satu perkara mudah untuk menggandingkan tiga aktor tersebut susulan komitmen kerjaya masing-masing yang padat.
“Sebab itu kita perlukan nama-nama yang besar untuk tujuan berkenaan. Jujurnya pihak produksi ambil masa sekitar tiga bulan juga untuk ‘memujuk’ barisan pelakon ini.
“Jadual mereka pun padat dengan komitmen lain dan sebagainya.
“Namun saya percaya, barisan pelakon ini sudah tentu akan teliti terlebih dahulu naskhah filem yang akan dilakonkan. Syukur mereka bersetuju untuk terlibat di dalam filem ini.
“Macam Aedy tak terlalu sukar nak pujuk sebab dia pun kawan lama saya. Cuma Nadhir dan Meerqeen saya tidak kenali secara rapat.
“Alhamdulillah… akhirnya dapat kumpulkan mereka bertiga dalam sebuah filem, termasuk Hun Haqeem,” kata Aeril ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Filem Klepet di Putrajaya, baru-baru ini.
Respected Citizen Sdn Bhd sebelum ini pernah menghasilkan Sabda Kekasih dan Abnomal: BUAS yang bakal ditayangkan pertengahan tahun hadapan.
Dalam pada itu, Klepet yang mengangkat tema aksi komedi arahan Indra Putra atau Sanji ini telah memulakan bulan ini dan dijangkakan ditayangkan di pawagan sekitar Julai atau Ogos 2024.
Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Melaka dengan kerjasama kerajaaan negeri selain turut mendapat dana pelengkap Finas melalui Dana Kandungan Digital (DKD).
Selain Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar, Klepet turut dibintangi Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Namie, Eric Fauzi di samping wajah baharu seperti Arfie Shah dan Darina Porhun.
@mediahiburanofficial Wow! Hot boys dalam satu frame. Aedy Ashraf, Nadhir Nasar & Meerqeen sebagai teraju utama filem Klepet, terbitan Respected Citizen di bawah payung Wawa Cosmetics. Filem yang menelan belanja RM2.1juta ini bakal memulakan penggambaran 2 Disember ini. Tak sabar nak tonton! 😍 #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ original sound – Media Hiburan
Klepet mengisahkan tiga sahabat iaitu Paly, Jany dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gadis Ukraine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud.
Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Paly, Jany dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Paly untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Paly terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Paly, Jany dan Wadi diburu pula oleh Hitman.
Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jany telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.
Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Paly, Jany, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.
Dapatkah Paly, Jany dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi Adira mengejutkan ramai apabila muncul di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang, pagi Isnin.
Kehadiran ibu kepada empat cahaya mata itu ditemani kakaknya Emma, selaku wakil bagi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) susulan permohonan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober lalu.
Permohonan itu diajukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor bersandarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Ini menjadi permohonan kedua pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, selepas menfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.
Lapor Kosmo Online!, bagi sebutan kedua kes yang berlangsung pagi tadi, Adnan, 43, hanya datang bersendirian tanpa membawa bersama wakil seperti ditetapkan mahkamah.
Berikutan tindakan tersebut, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menegur ahli perniagaan terbabit yang dikatakan melambat-lambatkan proses JKP.
Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan sesi bersama JKP kepada 18 Disember depan Adnan membawa bersama wakil yang dilantik mewakilinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin
Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa hari ini.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik pihaknya dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu.
“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.
“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami.
“Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya menerusi kenyataan media.
Walau bagaimanapun, Suria FM optimis untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.
Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.
Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini