Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman tampil memberikan pendapatnya mengenai isu yang melanda dirinya berikutan niat baik memberikan makanan kepada anjing dipandang serong sesetengah netizen.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Yasin mengatakan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak salah kerana haiwan tersebut juga adalah makhluk tuhan.
“Netizen boleh cakap apa sahaja tapi yang penting, tak salah bagi babi makan sebab babi pun nak hidup #jenaka,” tulisnya.
Di ruangan komen kelihatan rakan-rakan artis turut memberikan sokongan kepada penyanyi lagi Mimpi Laila itu.
“Lets the fools say what they want to say. U did something we all should duplicate as humanity ain’t just worse but actions,” tulis Norish Karman.
Ads
Turut bersetuju adalah pelakon Atikah Suhaimi.
“Banyak juga haiwancist kesian anjing tak bersalah. Untung jadi kucing kat negara ni dapat privilledge, bumiputra semua,” komennya.
Sementara bagi pelakon Nabila Huda pula, dia kesal apabila perkara sebegini diperbesarkan netizen.
Ads
“Bagi makan anjing pun jadi isu! Jahat sangat ke anjing? Dorang tak bersalah kot untuk dibenci…kita cuma tak boleh sentuh tapi bukan untuk dibenci..kalau terpaksa sentuh atau tersentuh atau terkena air liur samak jelah!
“Apa yang susah sangat? Apa yang kecoh bila ambil gambar dengan anjing, pegang anjing jadi isu, bodoh gila,” luahnya kesal.
Ads
Dalam pada itu, pengacara, Amin Idris pula merasakan ada netizen yang memandang perkara ini dari sudut negatif adalah kerana dangkalnya ilmu.
“Kesempitan fiqh dan kedangkalan ilmu menyebabkan ummah sendiri berada dalam kejahilan. Ada hadis dalam sahih Muslim sebut tentang memberi makan anjing.
“Malah tak salah pun kalau nak bagi makan kepada babi. Yang agama larang makan babi,” tulisnya pula.
Sebelum ini, foto Yasin memberi makan kepada dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur mendapat perhatian netizen. Ada yang memuji sikap Yasin itu namun ramai juga yang mengecamnya.
Foto/Instagram: Yasin Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, model dan pelakon Janna Nick ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dia meluahkan rasa kesalnya kepada mereka yang bergelar lelaki kerana tidak berjaya memujuk dan ‘mencairkan’ hati perempuan.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai termasuk Instafamous, Noreen dengan nada seakan-akan ‘berperang’.
Tidak hanya berdiam diri, Janna juga telah bersuara dan memberikan respon kepada Instafamous
Lantas, Noreen membalas semula kenyataan Janna itu.
Terdahulu, video yang dimuat naik Janna telah mendapat hampir setengah juta tontonan.
Penyanyi Kaka Azraff mengakui dia sendiri tidak percaya hari ini, dirinya sudah pun memegang status sebagai isteri orang.
Malah katanya, momen perkenalan dan keputusan singkat yang dilakukan memberi makna besar di dalam hidup, apatah lagi apabila mengenangkan usia yang kian ‘mencemburui kita’.
Bagaimanapun katanya kepada MH, dia bersyukur kerana sepanjang majlis ijab kabulnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Saya rasa bersyukur, malah masih tak percaya yang diri ini sudah melangkah ke alam perkahwinan. Ia berlaku dalam masa yang begitu singkat. Tetap alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat,” jelas Kaka.
Terdahulu, permaisuri hati kepada usahawan, Adam Azriff ini ditemui media sejurus majlis resepsinya yang dilangsungkan di The Property W&S di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai perkenalan singkatnya lagi, Kaka tidak menafikan dia mengenali suaminya itu sudah lama, tetapi mulai rapat sejak setahun lalu.
“Dia lamar saya pada awal Oktober. Kami rapat sejak setahun lalu tetapi boleh dikatakan lebih kurang tiga minggu saja kami mulai intim,” akui Kaka yang lebih gemar menyifatkan perubahan status secara drastik itu adalah kerana hatinya memang telah terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya taklah rasa ia dilakukan secara tergesa-gesa. Cumanya memang tidak sangka hati ini sudah terbuka untuk berkahwin.
“Kiranya mungkin doa saya jugalah sebab kalau jumpa orang yang serasi, saya memang nak terus kahwin. Tak nak buang masa sebab ‘usia mencemburui kita’. Jumpa yang betul, terus kahwin,” seloroh Kaka yang kini berusia 29 tahun sementara suaminya pula 24 tahun.
Ditanya mengenai majlis nikah yang dilakukan secara tertutup baru-baru ini, Kaka yang kini hadir dengan single baru berjudul Sibuk menjelaskan ia dilakukan sebagai menghormati keluarga kedua belah pihak.
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.