Pelakon dan pengacara, Ummi Nazeera baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Mohd Khani, sekitar tiga bulan lalu.
Menerusi Majalah Mingguan Wanita edisi terbaru, bintang berusia 28 tahun itu merakam kembali detik selepas beberapa ketika malahirkan Ayra Aneesah.
Kongsi Ummi, disebabkan anaknya itu dilahirkan melalui pembedahan, pertemuan pertama keduanya hanya berlaku sekelip mata.
“Pertama kali saya berjumpa Ayra adalah di bilik bersalin. Saya menjalani pembedahan untuk melahirkan Ayra. Semasa Ayra keluar, saya tidak mendengar bayi menangis. Selepas itu, salah seorang daripada doktor bius berbisik pada saya. Dia tanya adakah saya mendengar bayi menangis. Itu anak saya.
Ads
“Ketika saya melihat wajah Ayra, saya masih dalam keadaan bius. Saya rasa syukur melihat anak selamat walaupun dilahirkan pramatang sewaktu 34 minggu. Hanya keesokan harinya barulah saya berjumpa dengan Ayra di wad NICU.
“Selama seminggu Ayra di NICU. Ayra tidak ada apa-apa masalah. Dia boleh bernafas dengan sendiri dan tidak menggunakan tabung oksigen. Beratnya pun okay, lebih kurang 2.3 kilogram.
“Kami mengambil masa lama di hospital kerana saya perlu berlatih untuk menyusu badan. Selepas berjaya dan mampu melakukan penyusuan yang betul, barulah Ayra dibenarkan balik ke rumah,” jelas Ummi seperti yang dipetik.
Ads
Kini, pasangan suami isteri itu cukup gembira dan teruja untuk menyaksikan puteri sulung membesar di depan mata.
“Sekarang ini saya suka melihat perkembangan Ayra. Saya juga banyak membaca berkaitan perkembangan bayi mengikut usia mereka. Ditambah pula suami yang juga seorang doktor rajin mencari maklumat berkaitan apa yang dilakukan oleh bayi setiap bulan.
“Daripada pemerhatian saya, Ayra ketika berusia dua bulan sudah boleh membuat ‘eye contact’. Kadang-kadang apabila ayahnya main suara, dia juga boleh ikut bunyi suara itu,” kongsi Ummi Nazeera perihal Ayra.
Jangan lupa untuk membaca temu bual penuhnya menerusi Majalah Mingguan Wanita.
Foto/Sumber: Instagram Ummi Nazeera/Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar istimewa penghidap autisme.
Terbaharu, Zarina kini sedang bercuti di kota London dan apa yang menariknya, percutian pelakon tersebut turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain, termasuk Azal dan Azil.
Malah menerusi Instagram, Zarina kerap berkongsi sekitar momen percutian mereka.
Menerusi satu entri pula, Zarina ada berkongsi mengenai pengalamannya bercuti bersama dua anak istimewanya itu.
Katanya, percutian ini merupakan hasrat dari anak bongsu dan pada masa sama, bukan mudah untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarganya yang lain.
“Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga. Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang. Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah.
“Untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku. Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander.
“Azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..Tantrum ..memang akan ada tadi saja azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu..
“Selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman, keselamatan anak2,” tulisnya.
Selain itu, Zarina turut mendedahkan Azil juga tidak tidur sepanjang perjalanan ke London meski sudah diberikan ubat.
“Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2. Tak cuba tak tahu.
“Nak seribu daya taknak seribu dalih. Soal anak takde alasan sebagai emak bapak dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan.
“Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa. Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada. Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu.
“Ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara,” kongsi Zarina.
Akhir tulisannya pula, bintang itu turut menyatakan hasrat untuk membawa anak-anak ke tanah suci bagi menunaikan umrah dengan izinNya.
“InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah. Menunaikan umrah tahun depan,”jelas Zarina.
Terdahulu, Zarina juga turut mencuit hati netizen apabila memuat naik insiden lucu yang berlaku di antaranya dengan Azil.
Kongsinya, dia tidak perasan kasut yang dipakai anaknya itu terbalik, sehinggalah selesai merakam foto anaknya itu.
“Ramai yang perasan kasut azil terbalik..tadi kami transit di Oman di sana nak masuk flight balik semua kena bukak kasut bila pasang kelam kabut azil nak cepat saya pun tak perasan kasut terbalik sampailah habis gambar ni diambil,” akhirinya
Instafamous, Atisha Khan berkongsi detik saat dia terpaksa hadapi kehilangan datuknya seorang diri sewaktu melanjutkan pengajiannya di luar negara.
Dia yang juga merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa mengakui dia tidak pernah kehilangan ahli keluarga dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya seorag diri di negara asing.
“Saya tak tahu jika korang semua tahu tapi saya kehilangan datuk saya baru-baru ini. Saya tak perna hilang sesiapa yang dekat dengan sasya apatah lagi ahli keluarga, tak tahu bagaimana nak menghadapinya.
“Bukanlah bermakna jika ia akan jadi lebih mudah jika dah laluinya untuk kali kedua atau ketiga, ia tak pernah mudah cuma saya tak pernah hilang sesiapa.
“Saya tak tahu macam mana nak hadapi rasa kehilangan ii, saya seorang diri kat sini, saya tiada ahli keluarga kat sini dan saya tak boleh balik sebab terikat dengan komitmen belajar di sini.
“Sejujurnya, saya rasa lebih baik apabila saya ‘post’ sesuatu di laman meda sosial, ramia sangat diantara kamu yang sangat baik dan memberikan kata-kata semangat kepada saya.
“Apa yang korang semua cakap membuat saya rasa lebih baik,” katanya.
Atisha berkongsi perasaannya itu di dalam vlognya, baru-baru ini.
Sebelum ini, datuknya, Noor Mohamed meninggal dunia jam 11.20 malam di sebuah hospital di Kota Baru, Kelantan. Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.