Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.
Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.
A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,
“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.
Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun.
Dalam pada itu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin Bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah sebelum berlakunya pandemik Covid-19 seluruh dunia.
“Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk menjejaki bumi Allah Mekah sebelum pandemik covid melanda dunia.
“Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah… Allah Maha Besar.
“Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya.
“Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami.
“InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi. 🤲✨✨✨ @missfazura
Swipe left untuk sambungan video,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar bintang drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu dipanjangkan umur dan sentiasa berbahagia di samping keluarga.
Sekadar informasi, Fattah telah dilahirkan pada 14 September 1990 dan mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017.
Video: Instagram Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya, Shaheizy Sam yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari selepas pulang daripada Sabah, pada Ahad lalu.
Difahamkan, Sam ke sabah bagi memberi sokongan buat abang iparnya, ahli politik Datuk Bung Moktar yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 26 September lalu.
“Aku dekat opis, Sam quarantine kt hotel depan opis aku ja nampak dari jauh tpi xboleh pergi weiii sedih wei,” tulisnya.
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah menetapkan syarat kepada semua individu yang tiba di Semenanjung dari Sabah untuk menjalani ujian saringan dan tempoh kuarantin selama 14 hari bermula 27 September lalu.
Tindakan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19 supaya tidak kembali meningkat.
Video: Instagram Sam Tilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli meluahkan rasa sayu apabila mengenang kembali saat bapanya, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain menghembuskan nafasnya yang terakhir genap seminggu yang lalu.
Menurut Dr. Norzizi, hatinya dikatakan berasa sangat berat untuk mengharungi hari tersebut kerana segala memori pada ketika itu seakan muncul kembali.
“Gambar March 2020. Today- Sekarang 5:45 petang. Masuk waktu ini, hati saya mulai berdebar dan saya rasa lutut saya mulai menggeletar melalui hari ini Sabtu mulai jam 5:30-7:20 malam.
“Kerana waktu inilah minggu lalu di rumah saya suap Papa makan dan saya angkat dia ke katil dalam 5:30 pm.
“Kemudian dalam 5:52pm adik saya @zazleenzulkafli panggil saya dan kelihatan Papa macam penat dan kemudian nafasnya tenang.
“Saya disisi melakukan apa sepatutnya dan sempat baca Yassin sekali dan kemudian saya rasa Papa dah pergi!,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi Uiversiti Teknologi Mara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Dr. Norzizi lagi, pada ketika itu, dia tidak sempat untuk bersedih kerana sibuk menguruskan jenazah bapanya itu.
“Lepas nafas dan azan Maghrib berkumandang. Saya rasa surreal semuanya! Saya tenang, tak panik dan tak sempat nangis pun, dan mula menguruskan segala urusan.
“Segalanya terlalu pantas! Saya betul-betul tak sangka ianya sebuah pemergian yang begitu mudah!
“Today melalui waktu-waktu yang sama barulah saya rasa berdebar, kecut perut semualah rasa datang mengingati moment bermakna itu! Al Fatihah buat Papa di hari ke 7! Senja Berulang Rindu!,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut mendoakan semoga Allahyarham Zulkifli ditempatkan di kalangan orang beriman.
Allahyarham Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 4 September lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang.
Sumber: Instagram Norzizi Zulkifli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.