Ads

“Bertambah Lagi Ahli Keluarga Dan Semakin Panjang Tali Silatulrahim Kami,” – Anak Sulung Selamat Nikah, Fauzi Nawawi & Lisdawati Sambut Menantu

Pasangan selebriti, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati baru sahaja berkongsi berita gembira baru-baru ini apabila menerima menantu selepas anak sulung kepada Fauzi hasil perkahwinan sebelum ini, Nurul Hainil Fatihah selamat mendirikan rumah tangga 8 Ogos lalu.

Terkini menerusi Instagram, Fauzi dan Lisdawati ada berkongsi foto majlis menyambut menantu.

Dirai meriah di sebelah pihak lelaki, pasangan raja sehari itu dilihat anggun mengenakan persalinan songket dalam rona sedondon.

Menerusi lampiran beberapa keping foto, Fauzi selaku bapa mertua menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran menantu yang baik.

“Alhamdulillah sempena hari merdeka tahun ini bertambah seorang lagi Ahli keluarga Saya dan semakin Panjang tali silatulrahim kami dengan kemunculan SYAWAL.

Ads

“Saya tak perlu lagi tunggu raya Baru nak celebrates… syawal Menantu bapak…… (petikan dialogue dari filem Allahyarham Tan seri P Ramlee.

“Macam cerita apa tu,” selorohnya. 

Ads

Sementara Lisdawati turut berkongsi beberapa hantaran berkaitan momen sama.

Ads

Anda mungkin berminat dengan

Untuk rekod, Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi menerusi perkahwinan terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

Manakala hasil perkongsian hidup bersama Lisdawati pula, pelakon berkenaan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalaulah Saya Sedar Lebih Awal…,”- 5 Tahun Gagal Ke AJL, Haqiem...

Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.
error: Hello. Cannot.