Pelakon, Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan manis buat bekas isteri, Noor Nabilah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya.
Bintang drama bersiri Pelindung Seorang Puteri ini mendoakan agar kakak kepada pengacara, Neelofa ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Selain itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan bekas isterinya dikurniakan kebahagiaan hidup.
Ads
“A happy birthday to you @noornabila semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, dan di permudahkan kebahagian diatas muka bumi ini yg tidak bertepian..
“A warm happy birthday on a bright friday morning to a bold mother to my super hero boy @jebatjayden,” tulisnya.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto pelakon dan pelawak Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon, Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.
Apa yang menyedihkab, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu.
“If u want to get married, take a picture with zizan,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.
Pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pelakon Mira Filzah bersama usahawan, Wan Emir Wan Astar kelihatan sangat manis dan secocok di majlis resepsi kedua.
Malah, aktres jelita ini kelihatan sangat berseri di majlis resepsi kedua tersebut yang telah berlangsung di A Park, Puchong hari ini.
Selepas dikecam gara-gara menghasilkan video lawak mengenai penggunaan gelang pink yang disangka gelang kuarantin COVID-19, Instafamous, Chazynash tampil memberikan reaksinya.
Menurut Chazynash, walaupun ditomah pelbagai pihak, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya.
Malah, dia turut berazam untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik selepas ini.
“So kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke IG saya. Jangan segan-segan follow saya.
“Tak suka video saya, nak kecam..kecam lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya.
“Terima kasih kepada semua yang support, alhamdulillah syukur 🤲🏻
“P/S: Nak cakap pasai isu sensitiviti? Ampa pi 7E pakai mask dak? Ampa masuk kedai runcit scan mysejahtera ka dak? Ampa pi cucuk duit jaga jarak 1 meter dak?
“Ni kalau ampa tak buat semua ni, takyah nak petik sangat la isu tak jaga sensitiviti tu nah. AMPA PI JAGA DIRI AMPA DULU! Sekian,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Chazynash menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memiliki jumlah pengikut seramai hampir 750,000 orang.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan yang diberikan oleh Chazynash itu.
Terdahulu, isu video mempersedakan gelang pink ini turut mendapat reaksi daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut laporan Mstar, Datuk Seri Ismail menegaskan mana-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.
“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai.
“Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya seperti yang dipetik.
Sumber: Instagram Chazynash
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...