Keikhlasan penyanyi dan komposer, Khai Bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di Instagram dan platform media sosial lain miliknya, nyata menarik ramai pihak untuk menjadikan bintang ini sebagai wajah wakilan.

Ia termasuk produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab, yang menjadikan Khai sebagai sebahagian daripada mereka.

Asalnya, tawaran jenama berkenaan diterimanya Oktober tahun lalu, namun lamaran tersebut ditolak dengan baik kerana dia terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menyanyi dan berlakon pada waktu itu.

“Tapi usaha pihak jenama terbabit yang tak pernah kenal istilah putus asa. Tak boleh cara begitu dan begini, mereka guna pula insan yang saya baik. Nampaknya menjadi juga usaha tersebut kerana saya akhirnya mengalah.

“Tambah pula saya penggemar coklat. Siapa yang tak suka coklat? Dipendekkan cerita sejak Januari lalu, saya ‘diikat’ mereka untuk tempoh tertentu. Kalau mereka berpuas hati, insya-Allah berpanjanganlah ‘jodoh’ kami.

“Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan khususnya. Kalau tak sedap, saya takkan terima jadi duta. Saya tak mahu dilihat seperti ‘munafik’ mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar,” katanya.

Khai yang baru sahaja melancarkan single berjudul Damba turut menambah, dia sudah terbiasa menjadi sikap dan tabiatnya melakukan sesuatu dengan ikhlas.

IKLAN

Jadi tidak pelik, pemilik empayar jenama produk itu memuji sikap tidak berkiranya yang pernah melakukan promosi produk itu lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.

“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.

“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.

“Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.

“Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” katanya.

IKLAN

Tak Rela Dituduh ‘Munafik’, Khai Bahar Tak Sembarangan Promosi Produk Makanan,” – Bukan Nak Tunjuk Baik, Cuma…” Tak Rela Dituduh ‘Munafik’, Khai Bahar Tak Sembarangan Promosi Produk Makanan,” – Bukan Nak Tunjuk Baik, Cuma…”Tak Rela Dituduh ‘Munafik’, Khai Bahar Tak Sembarangan Promosi Produk Makanan,” – Bukan Nak Tunjuk Baik, Cuma…”

Diusik persoalan mengenai soal bayaran yang diterima, ini reaksi Khai;

“Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.

“Tambah dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.

IKLAN

“Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Khai bakal menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHOCO ALBAB HQ (@chocoalbab_hq)

Jenama bijirin campuran coklat dan kacang Almond premium itu dilancarkan April tahun lalu oleh pengasasnya, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd.

Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI