Kredit foto: Instagram Shilpa Shetty

Bertuah sungguh aktres Bollywood terkenal ini apabila suaminya, Raj Kundra memindahkan hak milik apartment dan rumah di kawasan kelas tinggi, Juhu bernilai lebih RM21.5 juta kepadanya.

Menurut laporan zapkey.com yang disebut di dalam artikel portal Times of India, Raj yang juga ahli perniagaan, telah memindahkan harta bernilai Rs 38.5 crore atau bersamaan RM21.5 juta kepada isterinya itu.

Shilpa Shetty Terima Apartment Dan Rumah Bernilai Lebih RM21.5 Juta Daripada Suaminya Dalam Satu Proses Pemindahan Harta
Kredit foto: Instagram Shilpa Shetty

Dalam dokumen yang diakses oleh sumber, ia menunjukkan bahawa Raj Kundra memindahkan bahawa sejumlah lima buah apartment dalam bangunan bernama Ocean View yang terletak di Juhu bersama-sama dengan keseluruhan ruang bawah tanah telah dipindahkan kepada nama isterinya.

Time India melaporkan lagi bahawa Varun Singh, Pengasas SquareFeatIndia.com berkongsi bahawa jumlah kawasan yang dipindahkan oleh Raj Kundra kepada Shilpa Shetty berukuran sekitar 5,996 kaki persegi. Ia juga merupkaan rumah yang telah gunakan oleh suami dan isteri ini sebagai alamat terkini mereka.

BACA JUGA: Empat Bintang Bollywood Yang Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang Untuk Memiliki Cahaya Mata

Shilpa Shetty Terima Apartment Dan Rumah Bernilai Lebih RM21.5 Juta Daripada Suaminya Dalam Satu Proses Pemindahan Harta
Kredit foto: Instagram Shilpa Shetty

Shilpa, sebaliknya membayar duti setem lebih kurang Rm1 juta atau pun Rs 1.9 crore ke atas surat ikatan pemindahan. Dokumen itu dilapor telah didaftarkan pada 21 Januari 2022.

IKLAN

Pasangan ini telah berkahwin pada 2009 dan memiliki dua orang cahaya mata bersama. Tahun lalu Raj Kundra telah terpalit dengan kontroversi apabila namanya dikaitkan dengan isu berkaitan kes pornografi, walaubagaimanapun dia telah dilepaskan dengan ikat jamin.

BACA JUGA: “Kami Punya Bukti Kukuh, Siasatan Sedang Dijalankan,” – Polis Tahan Suami Shilpa Shetty Gara-Gara Video Pornografi

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

Sumber: Times India

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI