Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari setelah kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020.

Genap dua tahun pemergian suami ke negeri abadi, Bunga bersama anak lelakinya, Noah Aiden dilihat setia menziarahi pusara pelakon dan model asal Malaysia itu, pada Jumaat.

Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Setia Ziarah Pusara Arwah Suami – “Kehidupan Tidak Sama Tanpa Anda Di Sisi…” Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Setia Ziarah Pusara Arwah Suami – “Kehidupan Tidak Sama Tanpa Anda Di Sisi…”

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menzahirkan rasa rindu terhadap arwah suaminya menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram.

“Visiting Daddy Its been 2 years since you are gone. Life is not the same without you here. But we are adjusting.

“We have more better days. We are happier now And we hope you are too.

“Thank you for all your love, Daddy. We miss u, a lot. And love you, always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat meninggalkan kata semangat buat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu agar terus kuat dan tabah selalu.

“Been 2 years. You are one of the best daddy,” tulis seorang wargamaya.

“Semua yang bernyawa pasti akan mati … Keep strong,” tulis peminat.

IKLAN

“Al fatihah for ashraf,” titip seorang peminat yang lain.

“Alfatihah, kuat selalu kak unge,” tulis lagi seorang warganet.

Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.

IKLAN

Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Setia Ziarah Pusara Arwah Suami – “Kehidupan Tidak Sama Tanpa Anda Di Sisi…” Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Setia Ziarah Pusara Arwah Suami – “Kehidupan Tidak Sama Tanpa Anda Di Sisi…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI