
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkesempatan mengisi masa dengan bercuti dengan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut berkongsi momen percutian itu bersama para pangikut di Instagram miliknya.
Siti sekeluarga telah pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
Menerusi hantaran di InstaStories, Siti juga memuat naik momen ketika dia sekeluarga menaiki pesawat kapal terbang dalam perjalanan ke destinasi percutian.
Menurut Siti, ia merupakan pengalaman kali pertama anak keduanya, Afwa menaiki pengangkutan di awan biru itu.
“Alhamdulillah, first time bawa Afwa naik flight..good boy ibu.
“Sepanjang dalam flight, Afwa sleep & mudahkan ibu sampaila dah sampai,” tulisnya.
Sekadar informasi, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Love You So Much,” – Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Shera Aiyob Throwback Kenangan Dengan Suami

Terukir senyuman kebahagiaan pelakon Shera Aiyob apabila mahligai cinta yang dibina bersama suaminya, Zahiril Adzim kekal harmoni sehingga kini.
Terbaru, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob telah mengimbau kembali kenangan bersama suami sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8 tahun.
“201119 Happy 8th Anniversary Sayang! I love you so much!,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/B5EhxuRHjDT/?igshid=2n9pbgc6uzpv
Bukan itu sahaja, peminat turut mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Shera mendirikan rumah tangga bersama Zahiril pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nadi Anaqi, 6 tahun.
Video: Instagram Shera Aiyob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beby Tora Tak Kisah Kata Netizen, Suami Puji Tetap Cantik!

Bintang media sosial, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora mengimbas kembali foto sebelum bernikah dengan suaminya, Apit Johari.
Tampil dengan rona pakaian serba putih, Tora pada awalnya berasa bimbang kerana merasakan rona putih tidak sesuai dengan warna kulit dan bentuk fizikalnya itu.
Bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun ini tetap dengan pendiriannya untuk menyarungkan baju tersebut.
“Tau dak mcmna aku boleh yakin pakai warna putih laguni. orang slalu kata bila orang kulit gelap pakai pulak wana putih,mesti nampak tak brseri .tapi aku ni jenis yakin dngn diri sndiri and jenis aku apa aku nak mmg aku akan buat.
“Tak kisah la orang nak kata apapun dkat aku .ada ja orang yang mai bagi pendapat depa suruh aku pakai wana lain .tapi designer baju kahwin aku hbaq better pakai putih.
“Bila aku pkiq balik,baik pakai putih sbb aku ni dari dlu lagi tringin sngat nak pakai kala putih .sbb aku mmg tak prnah pakai kala putih full mcmni.
“Tapi aku tetap dngn kputusan aku nak pakai kala putih ni lantak la apapun jadi .lpas aku pakai, ada plak dok p tanya aku paseypa pakai putih la pasaipa bibiaq pucat la itu la ini laa.
“Haih aku mcm geram ja tau .di hari bahagia aku, mesti la aku sdih orang condemn mcm2 kan, tapi aku mlas nak ambik tau,” kongsi Tora.
Tidak ‘termakan’ dengan kata-kata netizen, Tora akui dia lebih selesa mendengar pandangan dari suaminya sendiri yang memuji kecantikan semula jadi Tora.
“Yang penting suami aku puji aku cntikk. Dia kata dia suka makeup aku tak tebai laguni klau dak macam ngan hantu. haa hat mana nak kahwin tapi dia kulit gelap,nak pakai kala putih,ampa pakai ja wey.
“Putih ni lawa .cuma hampa jangn makeup natural mcm aku .hampa boh lipstick merah sikit baru nampak herlokkkss!!
“Apapun aku tak prnah mnyesai la wey pakai putih waktu hari akad nikah aku !hampa nak kata aku tak seri ka,legam ka ,tak eloks kaa ,lantak p. Sikit aku tak kisah.
“Aasaikan aku bahagia. Tak mati dek perlian orang.aku yag kahwin bukan hampa sukahati aku la nak pakai wana apapun
“P/s: muka aku nervous sbb p masjid lambat 1 jam .tok kadi dok tnggu.apa boleh buat ,baju nikah aku siap lambat .sapa suruh gedik sngat .sminggu nak kahwin baru p buat design baju.mmg haqu hahahhaa .pngalaman paling pait laa,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Lalu, netizen telah memberikan pendapat masing-masing mengenai tema pakaian yang dikenakan instafamous itu.
Untuk rekod, Tora dan Apit diijabkabulkan pada 1 Mac lalu.
Foto : Instagram Beby Tora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak Aksi Mesra Dengan Uqasha, Aidit Noh ‘Takut’ Nak Bagi Isteri Tengok Drama

Jika kebanyakan pelakon lelaki lain akan menerangkan terlebih dahulu kepada isteri masing-masing sekiranya mereka terlibat dalam sebarang adegan mesra dan daring, namun hal itu berlainan buat aktor Aidit Noh.
Menurut Aidit atau nama sebenar, Ahmad Aidit Noh, 30, dia tidak memaklumkan perkara itu kepada isterinya, Hanani, 24, dan itu antara perkara yang merisaukannya ketika drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang akan bakal ditayangkan bermula 27 Februari ini.
Menerusi drama arahan Uchee Fukada itu, terdapat beberapa babak daring dan menggoda termasuk adegan di bilik tidur melibatkan Aidit bersama Uqasha Senrose.
“Cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa karakter lelaki baik.
“Rupanya tidak. Kalau berlakon curang saya tak kisah tetapi ini curang lain… sampai ke atas katil. Saya pun takut dengan isteri saya ni (berseloroh). Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.
“Cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain.
“Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab. Kalau tidak pun, nak dekat-dekat masa tayangan drama tu, saya bawalah dia keluar shopping,” katanya sambil tertawa kepada MH.
Aidit ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama Isteri Halal yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya sebagai Zayn, suami yang curang dengan kawan baik isterinya sendiri, Aidit mengatakan dia tetap meletakkan batas apabila melakonkan babak-babak intim dalam drama tersebut.
Dia akan terlebih dahulu berbincang dengan rakan gandingannya iaitu Uqasha dan setiap aksi mereka terlebih dahulu telah dikoreograf agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
“Saya akan duduk sama-sama berbincang dengan Uqasha dan bertanyakan kepadanya apakah limitasi yang dia mahukan sewaktu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan sewaktu berlakon bersama.
“Bila kami dah bincang, setiap pergerakan memang saya akan beritahu bagaimana saya mahu lakukannya… tidaklah saya tiba-tiba terus memegang. Kalau kita tak beritahu, orang pun akan terkejut.
“Jadi disebabkan itu, kami banyak berkomunikasi untuk menghasilkan babak yang nampak real walaupun hanya bermain dengan shot sahaja,” katanya lagi.
Selain Aidit, drama Isteri Halal terbitan Radius One Sdn Bhd. itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Nazim Othman, Uqasha Senrose, Isyariana, Aishah Atan, Riz Amin dan Sahronizam Noor dan Qazem Nor.
Isteri Halal akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari ini, jam 6.00 petang menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Ia mengisahkan mengenai Zayn yang berlaku curang terhadap isterinya, Adelia lakonan Isyariana. Dia ‘menduakan’ isteri dengan berskandal bersama sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra yang dilakonkan Uqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI