Komposer, Ajai teruja selepas berkesempatan bertemu dengan anak muda yang baru-baru ini tular kerana memiliki suara persis penyanyi lagenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, anak muda bernama Arish Mikael ini mempunyai bakat terpendam dan kualiti suara yang baik.

“Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia BakatKatanya lagi, dia juga sempat berkongsi ilmu bersama Arish sewaktu anak muda tersebut datang ke studionya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

“Arish @arish.mikael namanya. Berumur 19 tahun. Saya terima banyak DM di IG saya menyuruh saya mendengar nyanyian beliau

“Rezeki Allah menentukan segalanya. Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Exist Reunion itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

“Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat “Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat

IKLAN

Video berdurasi hampir seminit itu memapar Arish sedang menyanyikan lagu popular Sudirman, Hujan sambil diiringi alunan piano daripada Ajai.

Dalam pada itu, Ajai turur berharap agar Arish tidak sesekali mempersiakan bakat yang telah dikurniakan kepadanya.

“Dia memang berbakat. Pemberian dariNYA dan dia ada barang.

“InsyaAllah kalau ada rezeki, kita ketemu lagi. Jangan persiakan bakat yang ada,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar Arish dan Ajai dapat berkerjasama pada masa akan datang.

“You always looking out for true talent man, OG,” tulis Alif Satar.

“Luar biasa suara dia. Terbaik bang,” kata pengacara, Muaz Buletin FM.

IKLAN

“Wah, bagus! Saya suka cara Bro Ajai hargai bakat orang. Kalau orang tu boleh menyanyi, memang bro akan cakap boleh pergi,” komen pemilik akaun, Ira.9423.

“Sedap dan padu. Kalau Ajai cakap berbakat tu, memang power la Adik ni,” respon pemilik akaun, @Mekyun 88.

“Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat “Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat

Terdahulu, sebuah video telah tular di seluruh platfrom media sosial yang memaparkan nyanyian Arish sewaktu membuat persembahan busking di sebuah kedai makan.

Anak muda yang berasal daripada Johor ini juga telah membuat penampilan istimewa di program popular, Meletop pada Selasa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ajai & Arish Mikael

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI