Pelawak Tauke menyifatkan pengalamannya berada di dalam lokap selama tiga hari dua malam merupakan detik hitam yang membuatkan dirinya ‘terduduk’.

Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia bagaimanapun menganggap kejadian yang berlaku sekitar Ogos tahun lalu itu sebagai ujian daripada Allah SWT.

“Kalau nak kata kejadian paling buat saya terduduk, ketika saya ditahanlah. Dekat dalam balai… saya kena tiga hari dua malam.

“Tapi Allah nak uji saya, Alhamdulillah dekat dalam balai, bayangkan saya sorang-sorang dalam balai, dalam lokap,” katanya.

Tauke berkata demikian ketika ditanya mengenai apa kejadian yang membuatkan dirinya rasa terduduk sepanjang bergelar anak seni susulan terpalit fitnah kes pemerdagangan manusia sebelum ini.

Tambah Tauke lagi, dia akui ketika itu mentalnya agak ‘down’ kerana tidak pernah melalui pengalaman sedemikian.

IKLAN

“Masa tu terfikir, yelah kita solat, tapi masa tu saya down lagi sebab tak pernah kan. Ketika itu kita punya kerohanian diperah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicara YouTube, Jari Neraka baru-baru ini.

Tauke bersyukur kerana isterinya, Nadia Mohd Effendi menjadi penguat semangat yang sentiasa setia di sisi sehingga kini.

“Bayangkan Saya Sorang-Sorang Dalam Balai, Dalam Lokap,” – Allah Nak Uji… Tauke Cerita Pengalaman 3 Hari 2 Malam Ditahan “Bayangkan Saya Sorang-Sorang Dalam Balai, Dalam Lokap,” – Allah Nak Uji… Tauke Cerita Pengalaman 3 Hari 2 Malam Ditahan “Bayangkan Saya Sorang-Sorang Dalam Balai, Dalam Lokap,” – Allah Nak Uji… Tauke Cerita Pengalaman 3 Hari 2 Malam Ditahan

IKLAN

“Bayangkan Saya Sorang-Sorang Dalam Balai, Dalam Lokap,” – Allah Nak Uji… Tauke Cerita Pengalaman 3 Hari 2 Malam Ditahan
Mengulas mengenai Jari Neraka, rancangan yang diterbitkan Rentak Sehati Sdn Bhd dengan kerjasama dengan Cyber Security Malaysia di bawah agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu menyaksikan pelawak berkenaan bergandingan Zarina Anjoulie sebagai pengacara.

Turut hadir pada majlis pelancarannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.

Setakat ini, lima episod sudah pun siap menjalani penggambaran dan episod pertamanya bakal ditayangkan di saluran YouTube Rentak Sehati pada Jumaat ini jam 8.30 malam.

IKLAN

Selain Tauke dan Zarina, Jari Neraka turut menampilkan selebriti jemputan termasuk Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi dan ramai lagi.

Objektif bual bicara Jari Neraka adalah bagi meningkatkan kesedaran terutama pelayar internet mengenai isu penyalahgunaan media sosial, mendidik mengenai kesedaran penggunaan internet yang lebih positif termasuk memahami bahaya jenayah siber.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/BC7URRDM_mI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI