Penyanyi Ayu Damit, 33, berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah menyifatkan keberangkatannya ke sana sebagai suatu rezeki besar dari Yang Maha Esa.

Menurut Ayu, meski sebelum ini dia pernah tunai umrah buat pertama kali pada 2016 lalu, namun peluang kali ini lebih bermakna, ketika dunia masih berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah syukur. Saya sekali lagi dijemput Allah SWT untuk tunai umrah bersama mereka yang rapat dengan saya meski suami tidak ikut sama. Saya anggap ini rezeki setelah beberapa kali hajat ke sana tertunda akibat pandemik Covid-19.

“Bagi saya buat masa ini, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali umrah terpaksa ditunda. Apabila diberitahu pihak agensi Mahsuri Travel sudah dapat tarikh tetap menunaikan umrah, saya sangat teruja.

“Saya pun sudah menjalani ujian saringan COVID-19, syukur sangat saya negatif. Inilah dinamakan rezeki. Saya memang dah lama pasang niat. Tak mungkin nak tolak,” katanya.

IKLAN

Ayu berangkat ke Mekah malam ini dan dijangka menunaikan umrah selama 10 hari bermula 21 Februari.

“Inilah Rezeki, AturanNya Sudah Sedia  Cantik,” – Ayu Damit Minta Izin Suami, Berlepas Ke Tanah Suci Tunai Umrah “Inilah Rezeki, AturanNya Sudah Sedia  Cantik,” – Ayu Damit Minta Izin Suami, Berlepas Ke Tanah Suci Tunai Umrah “Inilah Rezeki, AturanNya Sudah Sedia  Cantik,” – Ayu Damit Minta Izin Suami, Berlepas Ke Tanah Suci Tunai Umrah

IKLAN

Penyanyi lagu Permata dan Hanya Di Mercu ini turut menjelaskan, dia sepatutnya menjayakan beberapa persembahan yang telah dipersetujui awal.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat tawaran lain selepas itu.

IKLAN

“Sepatutnya saya ada persembahan di Putrajaya dan Shah Alam, tapi saya saya mendapat persetujuan pihak penganjur untuk menunaikan umrah. Tak sangka pula, selepas batalkan show tersebut, tiba-tiba ada tawaran persembahan juga selepas balik umrah.

“Inilah namanya rezeki, aturanNya itu sudah sedia cantik dan inilah peluang untuk saya tumpu pasa ibadah dan pastinya saya mahu mendoakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah.

“Meski suami tidak dapat pergi bersama kerana ayah mertua tak sihat dan kebun cili serta kacang panjang sedang membuahkan hasil, tapi saya mendapat izinnya juga. Bertuah dikurniakan suami memahami,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI