“Simpan sini buat kenangan. Betul la orang cakap, sakit gugur tu lagi sakit dari bersalin. Waktu ini, saya pendarahan tanpa henti dari rumah ke unit kecemasan.
“Tak pernah saya rasa sakit macam ni dalam hidup. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak mampu lawan betapa sakitnya perut aku waktu ini,” tulisnya.
Menerusi video tersebut juga, pengacara program Melodi ini turut berkongsi momen-momen gembira sewaktu diawal kehamilan sehinggalah ketika dikejarkan ke hospital.
Ads
Sementara itu, Ain akui sebak apabila anak sulungnya juga faham dengan situasi yang sedang dilalui oleh ibunya itu.
“Time ini aku bagitahu Soraya ‘No more baby adik’. Kami dua dua nangis. Soraya cakap dekat aku ‘Tak mengapa, nanti Allah bagi adik baharu’,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sedih selain turut menitipkan kata-kata semangat Ain dan suami.
Ads
“Ain jangan sedih okay. Kita cuba lagi,” komen rakan artis, Janna Nick.
“Semoga terus kuat Ain. InsyaAllah ada rezeki lagi. Riena doakan,” komen pelakon Riena Diana.
Ads
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah Ain, Mirul dan Soraya. InsyaAllah semoga ditiupkan roh malaikat kecil baharu dalam rahim kau. Aku kirim peluk dan doa,” kata pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.
“Allah maha mengetahui. Be strong my love. Kami sama-sama doakan,” balas pelakon Nora Danish.
Sekadar informasi, Ain dan suaminya, Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama Soraya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kontroversi membuli yang didakwa oleh keluarga Hyunjoo yang merupakan bekas ahli kumpulan ini benar-benar memberi kesan buruk terhadap ahli yang lain.
Apa yang menjadi tanda tanya, Hyunjoo meninggalkan kumpulan ini pada Oktober 2016 dan kenyataan yang didakwa oleh keluarganya bahawa dia dibuli dan hampir membunuh diri hanya dikeluarkan lima tahun kemudian.
Sejak pertuduhan itu dilakukan secara dalam talian pada 28 Februari 2021, walaupun dinafikan oleh ahli kumpulan yang lain, imej mereka tercalar dan menjejaskan kredibiliti masing-masing. Kesannya, kontrak ahli kumpulan sebagai duta produk dan juga pelakon dibatalkan menyebabkan kerugian yang sangat banyak.
Hyunjoo, bekas ahli kumpulan April
Akhirnya pada 28 Januari 2022, DSP Media yang merupakan syarikat naungan kepada kumpulan April telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai pembubaran kumpulan tersebut.
“Helo, ini DSP Media. Kami ingin memberitahu anda tentang pembubaran April. Selepas perbincangan yang panjang dengan setiap ahli April, agensi telah membuat keputusan untuk membubarkan pasukan supaya ahli boleh bergerak mengikut laluan masing-masing mulai sekarang.
“Kami meminta anda sokongan dan perhatian yang banyak terhadap 6 ahli yang kini akan memulakan haluan mereka sendiri, bukan sebagai ahli April.
“Tambahan pula, kami ingin meluangkan masa ini untuk mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat yang menceriakan gadis-gadis April sejak 6 tahun yang lalu,” ujar kenyataan media tersebut.
Kumpulan yang terdiri dari enam orang gadis cantik, Jinsol, Naeun, Yena, Chaewon, Chaekyung dan Rachel ini telah mengecap pelbagai kesuksesan dalam perjalanan karier mereka. Antaranya, kumpulan ini telah dinobatkan sebagai Girl Group Rookie of The Year di Anugerah Seni Hiburan Korea yang ke-22.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.
“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Aniq menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, petang Khamis.
Sementara itu, Aniq turut memaklumkan bakal membuat laporan polis mengenai hal yang berkaitan.
“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Uqasha ada memuat naik beberapa keping fotonya mengenakan persalinan gaun pengantin rekaan pereka terkenal, Shanell Harun bersempena dengan pemilihannya sebagai ‘muse’ koleksi perkahwinan terkini pereka itu tahun ini.
Lalu, bintang drama Perempuan Tanpa Dosa yang dilihat anggun mengenakan persalinan putih lengkap dengan aksesori barangan kemas nyata menyerlahkan aura seri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Uqasha yang sedia maklum sebelum ini telah dilamar secara ‘live’ di Anugerah Meletop yang lalu.
Turut mencuri tumpuan, ialah komen dari kekasih hatinya, Kamal Adli yang turut terpegun dengan kejelitaan kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose itu.
Tulisnya dalam nada seloroh, dia tak menyesal melamar Uqasha tempoh hari.
“Maigad… tak menyesal atas stage hari tu. Mine,” tulis Kamal beserta emoji.
Uqasha dilihat tulis memberikan respon terhadap komen yang ditinggalkan Kamal.
Terdahulu, menerusi MH sebelum ini, koleksi kapsul pengantin Gabrielle 2021 ilham Shanell itu dilihat tepat bersama Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.
“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.
“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka,” katanya.
Foto: Instagram Uqasha Senrose, Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang program realiti Big Stage Alpha (BSA), Que, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu keempat, malam tadi.
Que gagal menambat...