Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil memohon agar semua orang mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu mengambil pendirian untuk tidak melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah pada Khamis.

Hafiza turut menyeru semua untuk terus mengejar kebaikan pada 10 malam terakhir Ramadan ini untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya mengenai tindakannya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah, Hafiza memberitahu dia enggan berbicara perkara yang negatif.

“Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” katanya.

Ketika ada yang menyamakan keperibadiannya dengan ibu mentua kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana, iaitu Datin Patimah Ismail, Hafiza hanya melahirkan rasa syukur dan menganggap dia hanya menjadi diri sendiri sahaja.

IKLAN

“Fasal itu no komen, saya hanya syukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiza hanya berharap yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya.

IKLAN

Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.

Mahkamah menetapkan sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI