Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk Seri Vida mendedahkan dirinya tidak pernah menghalang dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.
Bagaimanapun Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut, memetik laporan Harian Metro.
“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut.
“Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Datuk Seri Vida yang pernah muncul dengan single I Am Me itu memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Ads
“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.
Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.
Ads
Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.
Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Ads
Dua daripada anak mereka meninggal dunia pada 2013.
Pasangan tersebut bercerai pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Sementara itu Vida turut menambah, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu sejurus ia dilaporkan media.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Raja Ilya yang kini membayangkan dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang jejaka bergelar usahawan warga Australia kini sedang dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat.
Malah, pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu juga turut menerima ucapan sama daripada rakan artis.
Bagaimanapun, ada cakap-cakap yang tertanya-tanya mengapa pelakon tinggi lampai itu tidak meletakan foto suami, malah sejak menjalin hubungan cinta lagi.
Menjawab mengenai persoalan berkenaan, Ilya memberitahu dia tidak meletakkan foto bukan kerana bimbang atau risau akan ada wanita lain cuba ‘cucuk jarum’.
Sebaliknya, dia bersyukur kerana dia dan suami lebih bijak untuk membawa hubungan pada situasi yang sepatutnya.
“Bimbang kena caras? Tidaklah. Rasanya peluang untuk wanita lain caras dia tidaklah kot.
“Dia sebenarnya sudah single dalam 15 tahun, kemudian dia memang fokus pada kerjaya, tunggu insan yang betul.
“Memanglah saya sendiri ada yang cuba merapati tapi rasa hati belum terbuka. Sama juga dengan dia. Satu perkara yang kami percaya, jangan terburu-buru dalam bina perhubungan.
“Saya percaya pada jodoh. Keluarga saya pun suka. Keluarganya pun banyak menyokong. Itu lebih memadai,” kongsi Ilya.
Sementara menerusi sepotong video yang dimuat naiknya dua hari lalu, Ilya ada menyatakan dia tidak sabar untuk berkongsi momen indah bersama semua.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ada mengimbau kembali kenangan dalam meniti perjalanan sebagai seorang penyanyi.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen televisyen satelit, Astro yang ke-25, Nana memberitahu Astro telah memberi peluang untuk dirinya kembali mengorak langkah dalam karier seni.
Difahamkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu Cinta Hanya Sandaran ini pernah berehat seketika dalam karier seni nyanyian sebelum menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015.
Namun, atas semangat dan sokongan daripada keluarga membuatkan anak peneroka Felda ini kembali berjaya untuk menjadi seorang penyanyi yang dikenali ramai.
“Nana rasa tak percaya bila lagu nana keluar radio pertama kali.. masa tue umur 15 tahun..nana rehat lama dlm industri hiburan..namun @astromalaysia beri nana peluang untuk mewarnai kembali dunia seni tanah air..
“keluarga dan anak selalu di belakang nana masa nana jatuh dan naik..merekalah motivasi untuk nana bangkit semula!!
“Jangan pernah putus asa!! Kita kena kuat kita kena ada niat yg betul sebelum melakukan sesuatu ..dengan kenyakinan gadis kampung seperti nana pun boleh berjaya InsyaAllah,”
“Terima kasih kepada semua yg menyokong kareer nana selama ini
#KitaTeguhBersamaLayari bit.ly/25yearsBetterTogether Untuk lebih lanjut #Astro25years #BetterTogether,” tulisnya.
Beberapa hari di tanah suci, pelakon jelita Sweet Qismina ada berkongsi cerita dan perasaan bersama peminat di akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Titian Takdir ini sedang menunaikan ibadah umrah yang turut disertai anggota keluarganya yang lain.
“Raudhah was, ya Allah mmg tidak terkata sangat. Sebak rasa ni. Kesabaran itu sangat tinggi untuk tempuh perjalanan ke Raudhah tapi Allah permudahkan segalanya untuk kami. Terima kasih ya Allah #fqs,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan Sweet yang kelihatan manis berhijab.
Sekadar informasi, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi telah dilahirkan pada 24 Oktober 1997 di Kuala Lumpur dan telah memulakan karier lakonan seawal usia 11 tahun.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.