Pengacara dan penyampai radio, Radin Era meluahkan rasa teruja apabila memaklumkan dia kini telah pun melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.

Menurut Radin, perkhidmatan tersebut secara rasminya telah dibuka pada Khamis dan dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama ini.

“Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri “Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri

“Bismillahirahmanirahim. Harini bertarikh 26 November 2020 (Khamis) dengan rendah dirinya, saya & business partner @megatsyafique berterima kasih kepada anda semua yang mengucapkan ucapan tahniah serta mendoakan untuk francais J&T Denai Alam kami yang telah pun bermula operasi hari Ini,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai segment Era D’boyz itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Radin atau nama penuhnya Radin Amir Effendi turut memohon maaf kerana tidak dapat menjemput orang ramai ke majlis doa selamat sempena pembukaan pusat perkhidmatannya itu memandangkan negara ketika ini masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini adalah our 1st business baby bersama. Walau apa pun, kami ingin memohon maaf kerana hanya dibenarkan untuk membuat majlis (doa selamat) dalam skala kecil disebabkan SOP yang telah ditetapkan.

IKLAN

“Dikesempatan ini, kami ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada @nafidzrazak @kai_armd & @muazmahmudm yang menjadi penasihat utama untuk kami memulakan business ini.

“Juga terima kasih kepada @ezwanzain @kueh13 yang menjadi penaja jamuan untuk majlis siang tadi serta antara yang banyak membantu @azlinaidris @ayuaqilahmukhtar (selaku pengurus) & @eddy.algojo, family kami, @officialradinrangers , rakan-rakan selebriti, group whatsapp , gang cycling, dan pastinya rakan-rakan media,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan agar perusahaannya itu akan terus berkembang pda masa akan datang.

“Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri “Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri “Our First Business Baby Bersama,” – Cebur Diri Dalam Bisnes, Radin Era Buka Francais Courier Service Miliknya Sendiri

Sumber: Instagram Radin Era

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI