Meneruskan misi tanggungjawab sosialnya, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sekali lagi menjentik jiwa apabila ikhtiar bangunkan sebuah rumah buat wanita warga emas berusia 70 tahun, baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsiannya di Facebook, Ebit dilihatmengisi masa seterusnya menziarahi sebuah rumah usang yang didiami seorang warga emas terbabit di Tumpat, Kelantan.
Menerusi kapsyen, Ebit menjelaskan warga emas berkenaan tidak putus henti berdoa demi sebuah rumah yang lebih selesa bagi menunaikan solat.
Ads
“Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun. Makcik ini menangis. Katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.
“Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama orang tempatan Dila dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini. Ya Allah tuhanku. Sedih rasanya.
Ads
“Syukur dapat bayarkan tukang dan siapkan barang buat rumah. Kerja dah dimulakan. InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi,” tulisnya.
Ads
Perkongsian terbabit lantas turut mendapat reaksi pelbagai warga maya.
Foto: Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika musim penularan wabak Covid-19 ini, ramai di antara kita yang memilih untuk berbelanja secara atas talian berbanding berurusan terus di kedai mahu pun pusat membeli-belah.
Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan penjualan di atas talian ini ada ketikanya tidak berjalan seperti mana yang diimpikan.
Itulah situasi yang berlaku kepada pelawak, Atu Zero yang dikatakan telah mendapat bungkusan salah ketika membuat pembelian di salah sebuah platform e-dagang terkemuka.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram isterinya, Atu mendedahkan dia hanya menerima beberapa helai kain putih di dalam bungkusan yang sepatutnya mengandungi lampin pakai buang anak.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, berharap agar pihak tersebut mengambil tindakan segera sebelum dia sendiri mengambil tindakan undang-undang.
Atu bercakap mengenai hal tersebut menerusi sebuah video rakaman yang dimuat naik ke Instagram oleh isterinya.
Pada masa sama, Isteri kepada Atu memberitahu, Shafeeqa Johari selepas ini dia tidak mahu lagi membeli belah di platform tersebut dan hanya mahu berurusan terus di kedai.
“Tak larat dah nak membebel, lepas ni belilah mahal sikit kat Aeon tapi terus dapat barang,” luahnya
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu membeli belah secara atas talian.
Foto: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Janna Nick tidak menafikan dirinya rasa terkejut kerana terpaksa menari selain bersilat dan menyanyi bagi menyempurnakan jalan cerita untuk naskhah teater fiksyen bangsawan yang bakal dilakonnya, Pawana Isabella bermula 21 Ogos depan.
Katanya kepada MH, pengarahnya Erma Fatima ada menyatakan permintaan tersebut ketika hari kelima sesi latihan.
“Ketika mula hari latihan yang kelima, Mama (Erma Fatima) ada meminta untuk saya menari. Jadi bila kena menari, ia semacam satu kejutan untuk saya.
“Untuk ‘hadam’ hal yang mengejut macam ni, kena ambil masa dan bila tengok langkah tarian yang saya kena buat tu, saya hampir menangis, sampai terduduklah,” katanya jujur.
Terdahulu, bintang Cari Aku Di Syurga ini ditemui pada sidang media pementasan Teater Malayu-Pawana Isabella yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.
Ia merupakan percubaan kedua Janna dalam pementasan teater selepas pementasan sulungnya, Teater Zombi La La sebelum ini.
Terang Janna lagi, selain menari antara babak yang lainnya termasuklah bersilat dan menyanyi. Lebih sukar, skrip yang diberikan juga tidak boleh diubah kerana dikhuatiri akan memberi maksud berbeza dari jalan cerita.
“Pada masa sama ia turut melibatkan elemen silat juga. Saya tidak pernah menari sebelum ini. Saya memang tak boleh menari, sama juga dengan silat.
“Di sekolah dulu, saya adalah libatkan diri dalam taekwando dan muay thai, ia memang sangat berbeza berbanding silat. Sekarang ni saya berada dalam keadaan yang tak berapa nak stabil,” seloroh Janna.
“Saya memang ada belajar untuk menari dan silat, jadi saya berilah yang terbaik dan semampu mungkin. Kita banyak perkara yang kami kena serap menerusi teater tersebut, lebih-lebih skrip tidak boleh diubah langsung, kena hafal satu-satu,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dirinya ada memberikan pendapat atau menyuarakan hasrat untuk tidak melakukan babak tarian yang dirasakan agak mencabar bagi dirinya itu, Janna akui ada menyatakan kesukaran yang dialami kepada Erma.
“Saya ada suarakan mengenai tarian, kalau boleh saya tak nak menarilah. Kenapa perlu saya menari, tapi Erma tetap cabar saya. Katanya kalau nak jadi pelakon yang hebat, kena lakukan.
“Lalu saya anggap ini cabarannya buat saya dan cuba untuk sahut cabaran tersebut,” terangnya yang masih berbaki kurang dua minggu sebelum ia dipentaskan di Istana Budaya sebelum latihan penuh,” akhiri Janna yang mendukung watak sebagai Permaisuri Isabella.
Teater Malayu-Pawana Isabella bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos ini.
Teater arahan Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut membariskan bintang hebat antaranya Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty, Datuk Afdlin Shauki, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Shahronizam dan ramai lagi.
Tiket boleh dibeli di kaunter Box-Office Istana Budaya dengan harga RM48 hingga RM188.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jujurnya, rasa bangga…,” Demikian reaksi aktor, Keith Foo sejurus menonton persembahan sulung kekasihnya, aktres Riena Diana menerusi teater Andak Bertandak yang sudah pun selesai pementasan hari pertama, bermula semalam.
Menurut Keith Foo, dia gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena dalam menggalas tanggungjawab di dalam teater bergenre komedi arahan Azhar Zainal itu.
“Mengenali Riena, dia sebelum ini memang takut untuk keluar daripada zon selesa selain lebih cenderung untuk bekerja dengan produksi yang tertentu sahaja.
“Lalu bila dia berani ambil cabaran berbeza, dengan berlakon naskhah teater pula buat pertama kali, saya yang hadir menonton untuk beri sokongan pun tumpang teruja.
“Begitu juga dengan persembahan rakan pelakon lain, Semuanya saling melengkapi demi memastikan yang terbaik, tahniah buat produksi,” katanya.
Keith berkata demikian ketika ditemui sejurus pementasan hari pertama teater Andak Bertandak di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), pada Khamis.
Keith Foo sebelum ini pernah terbabit di dalam pementasan teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan di antara mereka pula, Keith meminta ramai untuk mendoakan yang baik-baik.
“Kami baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama untuk sebuah projek drama di New Zealand. Harapnya ada khabar yang baik, kita tengoklah macam mana”, katanya.
Terdahulu, skrip teater Andak Bertandak hasilan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu bakal dipentaskan sehingga 1 September depan.
Selain Riena, turut sama terlibat di dalam pementasan ialah Ellie Suriaty, Azhan Rani, Jay Iswazir, Dottie, Fadhli Masoot, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali...