Pelakon dan usahawan, Mustaqim Bahadon akur dengan kesilapannya selepas dikompaun pihak berkuasa gara-gara menanggalkan topeng pelitup muka di tempat awam.

Menurut Mustaqim, insiden tersebut berlaku beberapa hari lalu ketika dia dikatakan ingin menghisap rokok elektronik di hadapan kedai gunting rambut miliknya.

Gara-Gara Tanggal Pelitup Muka Nak Hisap Vape, Mustaqim Bahadon Akur Dikompaun RM1,000 – “Macam Mana Nak ‘Berasap’ Kalau…”

“Hangpa semua janganlah tanggalkan mask walaupun sekejap. Saya baru kena kelmarin depan kedai saya. Dua langkah je depan kedai saya dok berasap.

“Torkono RM1,000. #Janganambilmudah. Tapi tulah, macam mana nak berasap kalau pakai mask kan?,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan Mustaqim menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu berharap agar kisahnya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Saya mengaku salah saya. Anda semua, jaga S.O.P. Jangan ambik mudah. Walaupun anda berseorangan, anda wajib pakai mask walaupun di kawasan kedai anda sendiri.

IKLAN

“Jangan jadi macam saya dan saya silap sebab tanggalkan mask sekejap. Marahlah saya,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berharap perkara tersebut dapat menjadi pengajaran selain turut memberi nasihat agar Mustaqim berhenti daripada terus merokok.

IKLAN

Gara-Gara Tanggal Pelitup Muka Nak Hisap Vape, Mustaqim Bahadon Akur Dikompaun RM1,000 – “Macam Mana Nak ‘Berasap’ Kalau…” Gara-Gara Tanggal Pelitup Muka Nak Hisap Vape, Mustaqim Bahadon Akur Dikompaun RM1,000 – “Macam Mana Nak ‘Berasap’ Kalau…” Gara-Gara Tanggal Pelitup Muka Nak Hisap Vape, Mustaqim Bahadon Akur Dikompaun RM1,000 – “Macam Mana Nak ‘Berasap’ Kalau…”

Terdahulu, Mustaqim kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya berjudul Cinta Sekali Lagi yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 pada jam 7.00 petang.

Selain Mustaqim, drama ini turut dilakonkan pelakon-pelakon lain antaranya Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI