Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-58, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah menerima hadiah istimewa daripada Nabil Ahmad.
Hos rancangan Gegar Vaganza itu telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama antarabangsa buat pengacara senior itu.
Momen manis itu dikongsi oleh Pak Nil menerusi akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah harijadi yg mahal ni pada Paknil.
Ads
“Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yg berlipat ganda atas kebaikan Kamu berdua. Amin,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap murah hati Nabil di ruangan komen entri berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, Amin memfailkan tuntutan tersebut selepas dikatakan telah dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Edlynn Zamileen,15, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, yang popular dengan panggilan Kacak.
Bapa berusia 42 tahun itu memberitahu, dia amat merindukan kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan mereka melalui media sosial atau pun televisyen.
Difahamkan kali terakhir mereka bertemu adalah pada dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.
“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Amin turut mendedahkan sebelum ini dia hanya dibenarkan bertemu anak-anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida, di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah sahaja.
“Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.
“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” kongsinya lagi.
Prosiding bagaimanapun tidak dapat dijalankan kerana Datuk Seri Vida selaku defendan tidak menghadirkan diri.
Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.
Terdahulu, Amin telah berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Ipoh pada 2013.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah ada berkongsikan pengalamannya saat menyertai pertandingan Tne Masked Singer Malaysia yang telah melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Menduduki tempat keempat daripada lima perserta finalis, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini pada awalnya menyangka pernyertaannya akan kandas di pertengahan jalan.
Bagaimanapun, lama kelamaan cabaran yang hadir kian sukar dan mencabar dan Alyah cuba memberikan yang terbaik.
“Salam semua. Masa ni saya nyanyi lagu Nirmala. Masa ni dah rasa akan terkeluar (hanta video ni kat team like music sdn bhd) dah. Siap make up sendiri sbb yakin akan terkeluar (takyah cantik2 sbb tergesel dgn topeng haaa).
“Tapi bila join the masked singer malaysia ni.i tak fikir apa apa cuma fikir suka suka ja.Tapi bila masuk mggu ke 4 alamak apa aku buat ni.
“Sbb makin lama makin susah,makin lama makin rasa cepatla terkeluar aku nak blk ayo….dan membuatkan saya terfikir walau pon pertandingan bunyi burung skali pon tetap pertandingan.
“Bermaksud saya harus kena bagi 100 persen keyakinanan walaupun sebenarnya tak yakin,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Alyah menerusi satu entri di Instagram.
Penyanyi Meluruh ini pada masa sama turut menambah, dia juga hadir ke sesi pertandingan berseorangan, bukan seperti kebiasaan sebelum ini.
“Saya tidak dibenarnya bgtau sesiapa pon…awak rasa saya ada masa nak sakit kepala adoiiiii…Dahla mcm tu ada pula yg paksa paksa suh ngaku je lah…adoiii.
“Nama pon join pertandingan suka suka.walaupun saya join suka suka tetap kena ikut peraturan ya….mulut kena zip.
“Tiada siapa dibenarkan ikut saya utk sesi rakaman ini ya. No PA No mnger No maid No No No. Rasa mcm mula mula jadi artis dulu sesorang.
“Minggu pertama kekok skit.orng lain bawak 1 beg plastik je.skali saya dtg bawak 1 beg travel. Nama pon ALYAH naaaa.
“Duk dalam bilik sesorng hiburkanla hati sesorng.
Terima kasih semua tenaga kerja dan team THE MASKED SINGER MALAYSIA. Pengalaman ni 1 dlm berjuta.
“Nampak simple and fun tapi struggle yaa.
Yg masuk je tahu mcm mana. Kepada semua peminat dan rakan artis mohon maaf dan terima kasih atas perhatian dan sokongan. I love all of u so much,” tulisnya panjang lebar.
The Masked Singer Malaysia musim pertama dimenangi oleh Bunga Raya (Aina Abdul).
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang membantu seorang wanita yang rosak keretanya secara tiba-tiba di pertengahan jalan.
Menurut Zizan, ada hari kita hanya akan mampu melihat dan apabila kesusahan berlaku di depan mata, hendaklah kita menolong.
Video berdurasi hampir tiga minit itu memperlihatkan Zizan sanggup memberhentikan keretanya lalu berjalan meredah jalan sesak bagi menghampiri kereta wanita tersebut.
“Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong.
“Sekurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ni gearbox problem kot,” tulisnya.
Entri tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Zizan turut dilihat membantu mengawal keadaan lalu lintas sementara menunggu ketibaan bantuan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan yang ditunjukkan oleh Zizan itu.
Video berkenaan nyata menarik perhatian netizen selepas meraih hampir 400,000 jumlah tontonan malah turut dihujani ratusan komen.
Terdahulu, Zizan merupakan salah seorang daripada sembilan juri yang mengadili program hiburan realiti, The Masked Singer Malaysia.
Selepas tujuh minggu bersiaran, program tersebut akhirnya menemui kemuncaknya malam ini.
Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya.
Pentas akhir The Masked Singer Malaysia akan bersiaran pada 9.00 malam dari Royal Teater, Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (127) dan Warna HD (107).
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.