Bekas suami kepada penyanyi, Lufya Omar iaitu Dr. Che Hafiz ada menitipkan ucapan istimewa bersempena hari lahir anaknya, Laana Haura yang ke tiga tahun baru-baru ini.

Menurut Che Hafiz, dia tidak mahu mengambil peduli mengenai tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya kerana menyifatkan hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya dia terhdap anak perempuannya itu.

Enggan Peduli Tanggapan Orang Lain, Dr. Che Hafiz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak – “Hadiah Time Jumpa Daddy Kasi.”Enggan Peduli Tanggapan Orang Lain, Dr. Che Hafiz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak – “Hadiah Time Jumpa Daddy Kasi.”“11/11 bukan pasal promosi dekat Shopee atau Lazada tetapi yang lebih bermakna buat diriku adalah tarikh hari lahir anak ku Laana Haura genap masuk tiga tahun harini. ( 3 series juga mcm bapak dia )

“Happy birthday my love! Tak kisah lah apa orang nak kata pun janji daddy sentiasa ingat dekat Haura dan Allah tahu keihklasan hati daddy macam mana,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Kongsinya lagi, segala kejayaan yang diraihnya ketika ini didedikasikan buat anaknya dan sebagai bapa, dia sentiasa mahukan yang terbaik.

“Apa-pun daddy sentiasa doakan yang baik2 je buat Haura. Setiap apa sahaja kejayaan yang daddy capai ini semuanya adalah untuk Haura selain untuk ibu bapa daddy.

IKLAN

“Sejak lahirnya kamu ke dunia ini sebenarnya telah membuatkan daddy tiada alasan lagi untuk berputus asa daripada terus berjuang dalam hidup ni sampai ke penghujungnya.

“Akhir sekali hadiah daddy beli ni daddy simpan dulu nanti time jumpa daddy kasi ok. Muah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya itu.

Enggan Peduli Tanggapan Orang Lain, Dr. Che Hafiz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak – “Hadiah Time Jumpa Daddy Kasi.” Enggan Peduli Tanggapan Orang Lain, Dr. Che Hafiz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak – “Hadiah Time Jumpa Daddy Kasi.”

Terdahulu, Dr. Che Hafiz dan Lufya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 November 2016 namun memutuskan untuk bercerai pada 17 Jun lalu.

Sumber: Instagram Dr. Che Hafiz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI