Tampil dengan penampilan yang lebih segar, Azwan Ali atau sinonim dengan panggilan Diva AA yang muncul secara langsung menerusi program hiburan realiti, Lagu Cinta Kita 2 mencuri perhatian ramai.
Mengenakan sut dalam rona coklat lengkap bersama ‘bow-tie’ serta cermin mata sebagai pelengkap gaya, figura sensasi ini dilihat serasi bersama hos tetapnya, Elly Mazlein.
Malah menerusi Instagram TV3 Malaysia, rata-rata wargamaya memuji penampilan Azwan yang dilihat secocok dengan kredibilitinya sebagai hos terkenal sebelum ini.
Sehinggakan, ada di antara mereka yang mengimbas kembali nostalgia ketika Azwan mengendalikan program Muzik-Muzik dan Juara Lagu sebelum ini.
Ads
Terdahulu, program ‘music dating’ yang Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’ ini bersiaran secara langsung di TV3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod.
Ads
Difahamkan juga, Elly Mazlein juga akan digandingkan dengan pasangan hos yang berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali sehingga bintang tersebut menemui pasangan pengacara serasi.
Lagu Cinta Kita 2 masih mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama gandingan baru, Mas Idayu.
Ads
Setiap minggu mereka akan ditemani seorang juri jemputan.
Juara program ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, naib juara RM 30,000, tempat ketiga RM 20,000 dan tempat keempat dan kelima masing masing membawa pulang RM 15,000 dan RM 10,000.
Foto: Instagram TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan Fajarsyah menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sering mengambil kesempatan dengan menjaja kisah musibah yang menimpa bekas ahli kumpulannya untuk meraih keuntungan peribadi.
Menurut Ifan, setelah dua tahun berlalu, tidak pernah sekali pun hatinya terdetik untuk meraih keuntungan daripada insiden yang meragut nyawa tiga orang bekas ahli kumpulannya itu.
“Hampir 2 tahun setelah musibah menimpa kami, tidak ada satupun hal yang aku lakukan untuk mengambil keuntungan atas itu, karna itu sama sekali bukan keuntungan. Bukan kehebohan dan euphoria yang patut digembar-gemborkan.
“Aku memilih berdiam dan berusaha untuk membentuk proses selanjutnya, mencoba berdamai dengan kesakitan untuk membangun karya lainnya. Karna kata legend menurutku dinilai dari sebuah karya, bukan dari sebuah kejadian. Dan aku tau begitupun menurut saudara-saudaraku.
“Apapun nama ataupun panggilannya, mereka akan selalu hidup dihati, bukan atas embel-embel atau panggilan apapun. Home is not where you at, but with who you stay,” tulisnya.
Jelas penyanyi lagu Kelmarin itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu sahabat-sahabatnya itu diingati sebagi mangsa-mangsa korban Tsunami sebaliknya kenanglah jasa dan bakti mereka sebagai tulang belakang keluarga.
“Dan aku secara pribadi tidak akan pernah membiarkan saudara-saudaraku diingat dengan drama, mas Bani, mas Herman, mas Andi bukan sepantasnya anak band yang diingat karna terkena tsunami.
“Mereka adalah sosok PAHLAWAN tulang punggung keluarga yang bertanggung jawab sampai saat terakhir nafas mereka, maupun setelahnya
“Bismillah, mulai saat ini untuk setiap karya yang akan aku keluarkan, aku persembahkan juga untuk mereka. Karna kami bukan sebatas (sebelumnya) personil Seventeen, kami adalah keluarga,” tulisnya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah posting yang dimuat naik pada Rabu, Ifan mengumumkan pengunduran dirinya sebagai vokalis kumpulan Seventeen.
Jelas Ifan, keputusan tersebut dibuat selepas ada beberapa pihak yang merasakan dia sudah tidak layak lagi untuk berada di posisi penyanyi utama kumpulan tersebut .
“TIDAK LAGI JADI VOKALIS SEVENTEEN. Alhamdulillah setelah melewati beberapa shalat istikharah dan juga dikarenakan ada pihak yang merasa dirugikan dengan dipakainnya nama band Seventeen, aku dengan ini menyatakan untuk melepaskan diri dari vokalis Seventeen sebagai sebuah band.
“Aku akan turut serta mengajak saudara-saudaraku dalam hati maupun dalam semua perhitungan (like I always did) @hermanseventeen @baniseventeen @andi_seventeen untuk selalu ikut dalam project apapun selama aku bermusik
“Untuk yang merasa dirugikan, monggo silahkan dipakai nama Seventeen. Tapi tolong jangan pernah lagi mengambil keuntungan dari musibah yang kami alami, aku maupun saudara-saudaraku yang lain telah sepakat untuk tidak pernah mengatasnamakan drama diatas karya, jadi tolong hargai
Terdahulu, tanggal 22 Disember 2018 merupakan sebuah detik hitam buat Ifan setelah dia kehilangan kesemua anggota kumpulan termasuklah isterinya, Dylan Sahara yang turut terkorban akibat bencana Tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia.
Sumber: Instagram Ifan Seventeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah yang kini turut aktif dalam dunia politik, Datuk Dira Abu Zahar telah turun padang untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir kilat di sekitar perkampungan Lubuk Kasau, Jasin.
Ini kerana, terdapat beberapa kawasan di sekitar Negeri Sembilan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 2 November lalu.
Difahamkan, bantuan tersebut merupakan sumbangan bersama daripada Ahli Jawatan Kuasa Puteri UMNO Jasin.
“Tak byk. Sikit je dapat bantu. Cukup utk hati Saya senang Bila tgk Mereka tersenyum lega sikit.
“Gerakan untuk bantuan musim tengkujuh untuk kawasan2 yg bakal dinaiki air sedang berlangsung.
“Nnt Saya kongsikan lebih details Kalau ada yg nak tahu mcmana nak join sama k.
“Terima kasih kepada semua yg turut sama membantu. Tahniah @puteribahagianjasin_19,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.