“Don’t Worry About Us, We’re Fine,” – Ardell Aryana Kena Kecam Sertai Misi Bantuan, Lihat Reaksi Balas Suami, Nadzmi Adhwa

Pelakon, Nadzmi Adhwa, mendedahkan tugas untuk menjaga anak yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi sejak ketiadaan isterinya, Ardell Aryana yang ketika ini berada di Sabah bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan Covid-19.

Menurut Nadzmi, ketika ini barulah dia sedar betapa hebat dan besarnya pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah jemu dalam menjalankan tugas untuk menjaga anak-anak.

“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak. Baru tahu bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je.

“Betapa hebat nya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Busut Bonang itumenerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nadzmi turut dilihat memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang ketika ini dikatakan sedang dikritikan hebat oleh netizen yang mempersoalkan tujuannya untuk berangkat ke bumi Sabah.

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana . Dont worry about us ! We’re fine. we always have your back!

“Keep helping those people in needs. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Semoga Allah redha,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat pasangan tersebut.

IKLAN

Terdahulu, Ardell telah pun berangkat ke Sabah sejak minggu lalu dan kini dilihat sibuk mengagihkan barang keperluan buat mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Malah, beberapa perkongsian yang dibuat oleh Ardell menerusi ruangan Instagram Stories turut meruntun jiwa banyak pihak yang rata-ratanya turut bersedih melihat kedaifan golongan tidak bernasib baik itu.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa