Penyanyi, Farisha Iris menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam sebuah majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Isnin.

Menurut Farisha yang juga merupakan graduan jurusan Komunikasi dan Media, majlis konvokesyen tersebut sebenarnya telah tertangguh hampir dua tahun berikutan fasa pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini.

Katanya lagi, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun,ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menghabiskan mengjiannya itu.

“Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula “Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula

“Alhamdulillah, dua tahun tunggu convocation diploma. Selesai Diploma in Mass Communication, @ Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Alor Gajah 2018 – 2020 🙏🏻

“Bukan mudah, tiada apa yang mudah. Terima kasih ibu bapa saya, my family, my bestfriends, my classmates kerana banyak membantu dan memberikan semangat,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagi Hello itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula “Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula “Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula

Pada masa sama, Farisha yang kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda turut memberitahu, sekiranya tiada aral melintang, dia bakal meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana pula.

“Saya tak pernah rasa bosan sambung belajar. Walaupun mencabar tapi berbaloi. Jom kita sambung master pula InsyaAllah.

“Now I have to wait another years untuk my degree convocation,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Farisha akan terus sukses lagi selepas ini.

IKLAN

“Congrats. Semoga Farisha dan ibunya sihat dan ceria selalu.

“Alhamdulillah tahniah anak baik.

“Alhamdulillah. Bangga tengok pencapaian awak. Moga sukses pada masa hadapan.

“Salam success hebat luar biasa.

IKLAN

“Tahniah dik. Moga terus maju jaya dalam mencari ilmu dan karier,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula “Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula “Tak Pernah Bosan, Mencabar Tapi…,” – Selesai Konvo Diploma, Farisha Iris Dah Rancang Nak Sambung Master Pula

Terdahulu, menerusi entri berasingan, Farisha turut berkongsi sebuah video saat dia dan ibubapanya sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersempena majlis konvokesyennya itu.

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 5,000 jumlah tontonan di laman Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Farisha Iris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI