Pengarah, Syamsul Yusof akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik klip video filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara haram di platform media sosial.

Menurut Syamsul, dia dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak tersebut tidak memadam klip tersebut dengan segera.

“Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan “Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Seperti yang anda lihat, saya baru je dapat klip ini daripada salah seorang peminat dan penyokong industri filem Malaysia.

“Dia bagitahu saya di akaun Tik Tok dan beberapa akaun lain ada memuat naik satu klip yang begitu panjang daripada filem Mat Kilau yang sedang ditayangkan pada hari ini.

“Jadi, tindakan akan diambil. Ini adalah satu kesalahan undang-undang. Tindakan keras akan diambil,” tulisnya.

Rasa berang itu, dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan “Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan

IKLAN

Katanya lagi, tindakan seperti ini hanya akan merugikan industri filem tempatan kita sendiri.

“Saya bersama pihak penerbit dan berbincang dan pagi ini akan buat laporan polis.

“Dan kepada mereka di luar sana, saya mohon hentikanlah. Ini adalah satu kesalahan. Sekiranya anda ingin memuat naik klip filem ini, pastikan tidak lebih daripada 5 saat.

“Allahuakbar, tolonglah. Ini satu masalah besar. Kepada user Tik Tok ini bersedialah. Penatlah setiap kali saya buat filem, saya kena saman orang.

IKLAN

“Nanti anda kena tangkap dan boleh jatuh muflis. Tolonglah saya tak nak ada apa-apa masalah. Tolong bagi kerjasama. Tapi laporan akan dibuat,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut berharap agar insiden seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Medapat sudah. Gatal tangan sangat pergi rakam dalam panggung.

“Berat ni. Ini dah kira merompak.

IKLAN

“Baru sehari tayang. Respek la sikit.

“Terbaik bang. Jangan bagi muka.

“Demi content cari penyakit,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan “Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan “Penatlah…Setiap Kali Buat Filem Nak Saman Orang,” – Video Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Haram Di Tik Tok, Syamsul Yusof Nak Ambil Tindakan

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah meraih pencapaian luar biasa setelah mencatatkan kutipan mencecah RM1 Juta pada hati pertama tayangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI