Penyanyi Roy Kapilla tidak menafikan dia seolah-olah sudah boleh agak bakal menjadi peserta yang tersingkir pada minggu kedua saingan program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) susulan prestasi yang diberikan menerusi persembahannya.
Malam tadi, Roy yang juga vokalis kumpulan Kapilla itu membawakan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati nyanyian asal kumpulan EYE menerima markah paling rendah dalam kalangan 13 peserta yang bertanding iaitu sebanyak 53.20 peratus.
“Sebenarnya saya sudah tahu dan sudah nampak daripada awal-awal. Jadi saya keraskan semangat, datang juga (meneruskan persembahan). Itulah secara ringkasnya begitulah.
“Saya sudah tahu apa yang saya lakukan di atas pentas… Apabila saya ke belakang saya sudah tahu. Tak perlu tertanya-tanya, saya sudah tahu kemana saya akan pergi,” katanya kepada MH.
Ads
Berkongsi lanjut, Roy akui persembahannya nyanyiannya tidak berapa baik selain akui rasa gementar ketika membuat persembahan.
“Banyak yang tak okay, sebagaimana yang diberitahu Tok Ram (Ramli MS) adalah betul. Seratus peratus memang betul,” katanya lagi.
Tidak mahu menoleh ke belakang, Roy yang sinonim menerusi lagu seperti Merindu Tanpa Kata dan Dikir Rambong optimis untuk kembali aktif dalam gelangang dunia seni tempatan.
Disember tahun lalu, Roy pernah muncul dengan lagu genre dikir, Guano Demo dan Joget Dikir Menghibur Hati yang turut menampilkan penyanyi, Beby Acha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mimi Fly menafikan khabar angin yang kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang doktor, selepas tiga tahun menjalin hubungan.
Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham,36, bagaimanapun berkata, hubungannya bersama lelaki berkulit hitam yang bertugas di Dallas, Amerika Syarikat itu berjalan baik.
Malah, Mimi tidak menafikan sudah bertemu dengan keluarga kekasih hati yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.
“Tengah mengenal hati budi. Jumpa keluarganya juga di sana. Tak adalah (gosip kahwin). Siapa yang kahwin… mana ada. Cuma saya pun tak pasti sekiranya berkahwin nanti, saya akan kongsikan kepada semua orang. Masih berfikir mengenainya.
“Cuma sudah tentulah bila bercakap mengenai perkahwinan kepada keluarga saya, mereka nasihatkan untuk beritahu. Cuma tak tahulah. Ada ketikanya rasa macam nak simpan, untuk diri sendiri sahaja,” katanya kepada MH.
Mimi ditemui pada sesi Exclusive Screening Hour Bersama Bintang di Kuala Lumpur anjuran Global Hearing Care Centre Malaysia, pada Selasa.
Ditanya mengenai sejauh mana hubungan cinta jarak jauh memberi kesan kepada dirinya, penyanyi lagu Superfly itu senang dengan situasi berkenaan.
“Setakat ini saya okay, ‘enjoy’ dengan hubungan ini. Tidak terlalu memikirkan mengenai soal kahwin sebab saya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan pernah bercerai.
“Bila situasi itu berlaku, saya kini tidak terlalu tekankan mengenai kahwin sangat. Cuma untuk saya yang sedang menjalin hubungan jarak jauh ini, ia okay bagi saya. Sebab saya boleh fokus dengan kerjaya di sini.
“Situasi ini sesuai untuk saya sebab berdasarkan kepada pengalaman lalu, antara keluarga dan kerjaya kita kena pandai seimbangkan.
“Hubungan baru ini juga mengajar saya untuk tahu bagaimana menghadapi pasangan, ajar saya untuk uruskan kerjaya dan sebagainya. Kini saya perlu betul-betul memikirkan mengenai diri-sendiri, pilih apa yang terbaik.
“Begitu juga dengan dia. Saya bertemu dengan lelaki yang juga sama-sama komited dalam kerjaya yang dilakukan.
“Bila bertemu ahli keluarganya saya gembira. Mereka melayani dengan baik, hormat dan menerima saya seadanya. Bagi saya penerimaan keluarga pasangan pun penting,” katanya lagi.
Untuk rekod, Mimi yang juga bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan juri akhir program Dewi Remaja 2022, Didie Alias tidak menafikan penampilan menarik menjadi salah satu faktor penting bagi mereka yang memasang impian untuk menyertai pertandingan dwi tahunan itu.
Menurut Didie, kriteria berkenaan sudah lama diguna pakai, malah sejak pencarian edisi pertama lagi.
“Kalau kita tengok finalis dulu pun, mereka kini masih lagi meletup, masih lagi cantik. Kalau ada yang lempar komen ‘face shaming’ kata tak lawa pada peserta terbaharu, mungkin ada yang masih belum kemaskan lagi penampilan.
“Cuma bagi saya, Dewi Remaja kena cantik tapi pada masa sama perlu bijaklah. Maksudnya, biarlah ada pakej yang lengkap. Bukanlah nak kata kena ‘cantik naw naw’, tapi biar sedap mata memandng.
“Kalau ambil yang tiada rupa, kita juga yang kena (kritik). Cantik pun suatu yang subjektif. Kalau boleh netizen pun agak-agaklah dalam berikan komen,” katanya.
Didie yang juga finalis Dewi Remaja 1990 berharap, finalis tahun ini mampu menyerlahkan personaliti masing-masing selepas ini.
“Cuma saya tengok aura mereka belum ada. Tak rasa macam ‘wow’ lagi. Mungkin sebab kebanyakannya pun masih lagi baru, ada yang awal remaja juga.
“Tapi golongan muda sekarang beruntung kerana dengan perkembangan semasa, ia membuatkan mereka lebih senang akses dengan pelbagai kemudahan.
“Misalnya kalau finalis berminat untuk terjun ke dunia seni, macam-macam platform lain yang boleh mereka cuba. Berbeza dengan zaman saya dulu.
“Tinggal lagi, mereka kenalah ada ‘the beauty of Dewi Remaja’ itu sendiri. Tengoklah alumni yang masih aktif dalam industri, dari zaman Tengku Anis, Aleeza Kassim hinggalah sekarang kebanyakan ada persona tersendiri.
Selain Didie, Datuk Aznil Nawawi dan Izara Aishah berada di kerusi juri pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022 yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria malam tadi.
Gadis dari Sabah, Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara Dewi Remaja edisi terbaharu.
Penyanyi, Iman Troye, mengakui dia lebih selesa untuk membeli sendiri persalinan yang ingin digayakan, termasuk ketika menjelang musim perayaan.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur...