Pelakon dan penyanyi, Ainul Aishah berkongsi momen menjelang hari bahagia apabila memuat naik video sesi ‘fitting’ baju kahwinnya.
Ainul,37, menerusi Instagram pada Jumaat berbesar hati apabila pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat sudi mereka persalinan raja seharinya yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
“When your good friend @hattadolmat_ buat your wedding dress, rasa happy sangat! I’ve known Hatta for so long and he’s always been a kind friend to me.
“Peribadi Hatta ni sangat baik. Always tersenyum & happy go lucky. Selalu tolong orang and of course he’s a very successful fashion designer.
“Im so proud of him! I always told him before that i want him to do my wedding dress and finally it’s happening!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Posting sama turut memaparjan sesi sama tunangnya, Khairul Redzuan bersama seorang pereka lain.
Ainul yang bertunang pada Mac tahun lalu menerusi media sebelum ini mengakui, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama ahli pernigaan itu hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, atas kekangan lain serta situasi semasa negara, majlis ijab kabul mereka terpaksa dianjaklan kepada suatu tarikh lain.
Penyanyi Shila Amzah menjelaskan penglibatannya di dalam program nyanyian realiti, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bukan hanya kerana habuan semata-mata.
Sebaliknya, penyertaannya di dalam program popular itu sebagai platform untuknya menyerlahkan sisi lain dalam profil kerjaya nyanyian.
Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah, 32, mengakui dia perlu juga memikirkan mengenai kewangan apatah lagi sejak bergelar ibu tunggal awal tahun ini.
“Saya tidak menafikan apabila bila bergelar ibu tunggal banyak perkara yang saya perlu titik beratkan, misalnya dalam soal kewangan. Saya tidak nafikan. Di bahu saya terdapat banyak benda yang saya perlu fikirkan juga.
“Jadi ibu tunggal bagi saya bukan hal yang mudah. Akan tetapi kalau nak dikatakan seratus peratus sebab saya sertai GV9 kerana hal kewangan tidaklah tepat. Sebab saya setuju sertainya pun atas dasar minat.
“Saya benar-benar mahu berkarya supaya mudah-mudahkan selepas peminat nampak sisi lain saya. Siapa tahu mungkin akan ada peluang lain lagi untuk saya di luar sana selepas ini insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kritikan atau komen melampau yang bakal diterima apabila program itu bakal bermula Ahad ini, penyanyi Patah Seribu itu bersedia dan memilih untuk lebih rasional dalam menguruskan hal tersebut.
“Kali ini saya memilih untuk tidak membaca komen negatif yang ditinggalkan. Sebab sebelum ini saya masih baca juga komen sedemikian. Kadang-kadang di balik reaksi yang tak baik itu, ada terselit perkara yang sebaliknya.
“Cuma kalau diberikan komen yang baik, saya ‘aminkan sahaja. Jujurnya sekarang bagi saya komen negatif yang diberikan itu agak menakutkan.
“Iyalah sebab di akhirnya nanti rezeki kita semua ini Dia yang menentukan. Kita hanya boleh merancang, tapi Allah SWT yang menentukan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang! Itu momen tersendiri menerusi jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini pada Selasa yang tampil membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.
Perarakan berkenaan terdiri daripada 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial.
Sudah pastinya, paling mencuri tumpuan apabila kesemuanya tampil mengenakan persalinan Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.
Menurut Rizman, walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama ia dilakukan di Kuala Lumpur.
“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.
“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.
Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu mereka, Basic Tote Beg.
Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.
Malah lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui laman web rasmi mereka.
“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.
“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya lagi.
Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.
“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.
“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membukan sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.