Undian Atas Talian bagi Top 5 Anugerah Telenovela Ke-8 (ATN8) telah dibuka sejak  Selasa, 20 September 2022 lalu selepas proses penutupan undian dari fasa sebelum ini iaitu pada 18 Sept 2022 melalui laman web rasminya.

ATN8 anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan D’Ayu Pictures Sdn Bhd bakal menobatkan pemenang dari Kategoi buku dan penerbitan drama serta telefilem.

Dato’ Rosmarayu Mokhtar yang juga Ahli Lembaga Pengarah ATN8 berkata, ia dibuat bagi menghargai pengkarya yang sudi mengadaptasikan sebuah penerbitan drama, telefilem mahupun filem daripada mana-mana buku yang telah diterbitkan oleh penerbit buku tanahair.

“Anugerah yang terbahagi kepada dua konsep penilaian iaitu pemilihan calon oleh juri profesional dan pemilihan calon oleh peminat melalui undian atas talian.

“Undian online sangat mendapat sambutan sehingga mencecah 4.8 juta penyertaan peminat. Sambutan luar biasa kali ini disebabkan kesetiaan peminat terhadap artis pujaan masing-masing.

“Pernah juga sistem pengundian ini cuba diceroboh namun kami memiliki sistem kawalan keselamatan yang sangat kebal,” katanya.

IKLAN

Jelas Dato’ Rosmarayu juga, sistem pengundian kali ini sangat mencabar kerana ia menggabungkan 3 tahun pencalonan iaitu karya terbitan 2019, 2020 dan 2021.

Begitu juga dengan penjurian oleh juri profesional yang mana ke semua juri melihat dari pelbagai sudut sehingga berlaku perdebatan bagi menilai pandangan para juri demi memilih calon terbaik sebagai pemenang.

Untuk makluman, Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 telah mula dilancarkan pada bulan Mac 2022 bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke drama, telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang.

IKLAN

Pada tahun ini, terdapat 106 calon telenovela telah berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional).

Kesemua adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam.

Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima dan senarai penuh pencalonan ATN8 boleh dilawati di laman web rasmi Anugerah Telenovela.

IKLAN

Sementara itu, undian atas talian bagi Fasa Ketiga (Top-5) plua adalah pencarian yang paling popular mengikut kategori yang akan dilancarkan bermula pada pukul 1.00 tengah hari, 20 September 2022.

Lima calon terbaik setiap kategori untuk setiap tahun pencalonan bakal dipilih sepenuhnya melalui undian para peminat.

Pemenang kategori popular bagi tahun 2019, 2020 akan diumum dengan memaparkan rakaman penyampaian trofi dan calon kategori popular2021 akan diumumkan pada malam kemuncak.

Pada masa sama, pihak penganjur masih lagi mencari penajaan dari mana-mana pihak yang sudi bersama-sama meraikan naskhah hasilan para penggiat kreatif tempatan ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI