Pelakon dan penyanyi, Cik Manggis baru-baru ini menerusi pujian penonton atas kejayaannya mengendalikan program hiburan, MeleTOP di samping hos Nabil Ahmad.

Dilihat relak dan tampak santai ketika mengacara, ramai di kalangan peminat yang terus mahu ahli kumpulan De Fam itu di set rancangan berkenaan selepas ini. 

“Alhamdulillah, selesai tugas hari ni. Thank you @meletop & @nabilzira for the opportunity.

“Also, to my kakak syg @nvdism sudi makeupkan saya & @syomirizwagupta for my baju! Sayang semua Paling sayang, @syazminfirdaus!,” tulisnya pada satu hantaran di Instagram.

Lalu meninjau ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan reaksi positif dan ada di antara komen berkenaan mendapat reaksi pemilik nama lengkap Nurshazwani Shamsuddin ini.

Antara selebriti yang turut dijemput sebagai tetamu kali ini ialah Azwan Ali, Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Khir Rahman, Imuda, Michael Ang, Uqasha Senrose, Wani Syaz dan Waris. 

Program MeleTOP bersiaran setiap Rabu jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Foto: Instagram Cik Manggis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI