Juri Pedas program Big Stage minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat meminta penyanyi muda, Tuah Adzmi untuk mengetahui apa kekurangan yang telah dilakukan di dalam sesebuah persembahan yang dijayakan.

Menurut Syafinaz, ia penting bagi memastikan kualiti persembahan penyanyi itu menjadi lebih baik.

“Sebagai penyanyi kita kena pastikan sama ada kita lakukan kesilapan (dalam nyanyian) atau pun tidak. Sekurang-kurangnya awak kena tahu.

“Misalnya di sini saya nyanyi ‘flat’ maksudnya tidak mencapai nada yang sepatutnya. Ataupun di sini saya nyanyi ‘sharp’ iaitu terlebih nada daripada yang sepatutnya.

“Itu penting supaya awak boleh perbaiki diri pada masa hadapan. Kalau minggu lepas, maaf saya tidak menonton (persembahan Tuah). Mungkin awak marah kerana ‘pitch’ tapi hari ini saya tak nak marah, saya rasa awak perlu tahu sendiri (kesalahan),” katanya.

“Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi “Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi“Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi

Syafinaz memberikan komen berkenaan selepas peserta Big Stage musim terbaru itu selesai menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin yang dipopularkan oleh Tajul & Afieq Shazwan.

IKLAN

Tuah turut diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung malam tadi.

“Selepas ini tengok balik persembahan di mana ada kesalahan intonasi. Pada saya masalah awak adalah… persembahan malam ini tak special, tak ada yang menarik minat saya untuk terus mendengar.

“Saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang penyanyi yang mana kita perlu menarik minat orang untuk terus persembahan. Sekurang-kurangnya lagu yang dinyanyikan malam ini. Jadi kena fikirkan apa yang special awak boleh tonjolkan dalam setiap lagu.

“Jangan ikut penyanyi asal seratus peratus. Kena tukar. Bukan maksud saya tukar ‘pitch’ tau, tapi ubah ‘rasa’ dan cara penyampaian,” katanya sambil menyifatkan persembahan keseluruhan ‘tak best’ selepas ditanya hos.

IKLAN

Tuah mendapat markah sebanyak 62.6 peratus dan gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima.

Dua peserta lain yang menduduki dua tempat tercorot ialah Tegar Septian dan Megat Rahim.

“Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi “Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi “Tak Nak Marah, Saya Rasa Awak Perlu Tahu Sendiri,” – Syafinaz Di Kerusi Juri Pedas, Komen Nyanyian Tuah Adzmi

Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga.

IKLAN

Big Stage musim terbaru bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berada di kerusi Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali diundang sebagai Juri Juara. Usahawan, Datuk Seri Vida pula kekal sebagai Presiden Netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Foto: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI