Semenjak debut pertama dua tahun lalu, sehinggalah dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, kumpulan pop, Dolla belum berkesempatan untuk membuat persembahan khas buat peminat.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa air mata empat orang anak gadis yang terdiri daripada Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby ini mengalir saat mendengar nama mereka dilaungkan di Konsert Mini Showcase Dolla yang berlangsung pada Sabtu.
Mempersembahkan empat buat lagu hit mereka termasuk satu lagu ‘dance cover’ sudah cukup menggamatkan suasana serta menghiburkan hampir 150 penonton yang hadir di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC).
Adrenalin para penonton yang terdiri daripada kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka iDolla turut memuncak saat melihat persembahan bertenaga dan tarian mantap daripada empat ahli kumpulan berkenaan.
Menurut Syasya, kesemua mereka tidak dapat menahan sebak kerana ini merupakan perjumpaan pertama mereka bersama peminat secara empat mata selepas kerap kali tertangguh akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Kami tidak dapat menahan sebak. Ini adalah momen-momen yang sangat kami nanti-nantikan semenjak Dolla mengeluarkan lagu yang pertama.
“Debut kami adalah ketika PKP. Sejak daripada itu kami tidak berkesempatan untuk membuat persembahan istimewa untuk peminat-peminat kami (iDolla).
“Tiada perkataan yang mampu gambarkan perasaan kami ketika membawakan lagu Berani tadi. Mereka adalah kunci kejayaan kami. Tanpa mereka tak mungkin Dolla sampai ke tahap ini. Kami sangat bersyukur,” katanya kepada MH selepas berakhirnya konsert.
Ads
Enggan menghampakan peminat, Sabronzo memaklumkan mereka juga telah membuat latihan secara intensif enam hingga lapan jam sehari.
“Sepanjang minggu ini kami giat berlatih. Dalam satu hari, kami berlatih enam hingga ke lapan jam termasuklah menyanyi dan menari.
“Sebenarnya runtin latihan kami ini memang berterusan. Kami mula serius sebelum cuti Tahun Baru Cina. Kemudian kami sambung semula.
Ads
“Melihat peminat gembira sudah cukup melegakan hati kami. Sebagai peminat mereka memberikan sepenuh sokongan dan rasa cinta kepada kami. Mereka beri kami energi untuk membuat persembahan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dolla turut memanfaatkan peluang bertemu peminat selepas berkahirnya konsert tersebut.
Konsert ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi baharu, Juki dengan lagunya yang berjudul Pacu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Syaffiq Sahli mendedahkan dirinya ada ditawarkan untuk bekerjasama dengan komposer, Ajai bagi menjayakan satu projek istimewa bersama apabila Ajai menawarkan diri untuk menulis sebuah lagu untuk dinyanyikan olehnya.
Menerut Syaffiq, 38, Ajai membuat tawaran itu sejurus program Gimme The Mic Malaysia 2024 selesai dan baru sahaja perkara itu dibincangkan.
“Ajai ada menawarkan tawaran untuk buat lagu dengan dia dan kemungkinan akan ada satu lagi projek lain jika ada rezeki.
Syaffiq menduduki tempat keempat dalam pertandingan Gimme The Mic Malaysia.
“Hari Isnin lalu kami kami sudah berbincang mengenai perkara tersebut dan sudah tentu saya rasa teruja dengan tawaran yang diberikan. Siapa yang tidak mahu rakamkan single bersama Ajai, betul tak?,” katanya.
Bakal meneruskan saingan menerusi Gimme The Mic Global 2024 bersama lima peserta senegara untuk bersaing dengan peserta seluruh dunia, Syaffiq terkejut apabila melihat jumlah peratusan undian bagi program berkenaan.
Ketika ini, dia berada di tempat teratas daripada 84 peserta seluruh dunia dan tidak menyangka mampu berada di kedudukan sedemikian.
“Saya terkejut sebab pada awalnya saya ingatkan hanya boleh berada dalam top 10 sahaja. Akan tetapi bila tengok peratusan undian semasa, saya nombor satu dan sangat jauh meninggalkan undian peserta kedua.
“Memang terkejut dan saya anggap sokongan yang diterima ini sebagai satu rezeki untuk saya lebih majukan diri dalam dunia hiburan tempatan, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syaffiq turut bercadang untuk ke Bali, Indonesia bagi membuat persembahan di sana demi memperkenalkan dirinya lagi, sekaligus dalam misi untuk meraih lebih banyak undian Gimme The Mic Global 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikecam kerana memberi komen biadab terhadap Allahyarham penyanyi Adibah Noor, seoranng individu menggunakan akaun Facebook bernama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan III tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf itu ditujukan buat ahli keluarga arwah serta peminat penyanyi berkenaan.
“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun kepada seluruh anggota keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia secara am, di atas komen saya tempoh hari.
“Saya akui perkara ini terjadi di atas kejahilan saya sendiri, dan saya amat kesal dengan kekhilafan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa depan, InsyaAllah.
“Semoga roh Adibah Noor ditempatkan dalam kalangan para solihin,” tulisnya.
Terdahulu, ramai warga maya meluahkan rasa bengang dan marah selepas pemuda terbabit meninggalkan komen menyentuh soal aurat arwah yang tidak ditutup sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, meninggal dunia pada 18 Jun lalu selepas menderita penyakit kanser ovari tahap 4.
Jenazah penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pentas Dansa Dan Sing yang bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan kumpulan Arja Lee & The Pirates telah tersingkir apabila memiliki markah terendah pada minggu keenam.
Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli menjelaskan dirinya sudah menjangka bakal tersingkir pada minggu ini setelah 5 minggu berturut berada di tangga tiga tercorot.
“Arja memang jangka yang Arja bakal tersingkir pada malam ini dan saya ada bercakap dengan kumpulan saya selepas setiap minggu kumpulan kami berada di tangga tiga terbawah.
“Dan sudah terbukti malam ini kami tersingkir bagaimanapun saya tidak bersedih dan saya okey.
“Ini adalah sebuah pertandingan dan bukan kali pertama saya memasuki sebuah rancangan realiti televisyen.
“Untuk persembahan minggu ini, Arja rasa kekurangan dari segi permarkahan juri yang semakin ketat atau lebih teliti,” katanya kepada media.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala penyanyi Dayang Nurfaizah sebagai juri jemputan.
Enam kumpulan yang berjaya mara ke pentas separuh akhir antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran pada minggu hadapan.
Pada minggu ini, program Dansa Dan Sin ini dihoskan oleh Hady Mirza bersama Datuk AC Mizal selaku hos jemputan dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...