Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.
Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.
Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.
“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.
“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.
“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.
“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular, Nur Fazura menyatakan rasa terharu selepas koleksi terbaru tudung keluarannya difahamkan telah habis terjual sebanyak 200,000 unit dalam masa satu jam.
Menurut Fazura, dia merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokong produk tudung keluarannya selama ini.
Katanya lagi, segala kejayaan yang dikecapinya kini ini adalah disebabkan oleh izin Allah SWT.
“MasyaAllah. Tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. The “Rahmat Ramadhan” of 200,000 pieces has officially SOLD OUT within just 1 hour!
“Congratulations to my big family at @fazurabesties and semua anak anak agents kita,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Dengan rasa rendah diri Faz ucapkan Terima kasih buat anda semua yang Faz kasihi for your endless love and support, my darlings.
“Semuanya hanya untukmu,” kongsinya lagi.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang individu telah memuat naik sebuah ciapan yang menganggarkan jumlah keseluruhan yang diperoleh Fazura hasil jualan produk tudungnya itu.
Rm27 sehelai je..tp bjaya jual 200ribu dlm hanya sejam..senang2 je fazura dpt RM 5.4juta 😱 pic.twitter.com/jRx97pNMEN
“RM27 sehelai je tapi berjaya jual 200 ribu dalam hanya sejam. Senang-senang je Fazura dapat RM 5.4juta,” tulis individu berkenaan.
Ciapan tersebut kemudiannya tular dan telah mendapat reaksi banyak pihak.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji model bisnes yang digunapakai oleh Fazura.
“Design cantik, fabrik pun cantik. Harga mampu milik. Senang bentuk pulak tu bila pakai. A recipe for success if you’re selling tudung. It’s a bonus if the one’s selling pulak seorang artis yang humble seperti Nur Fazura.
“Harga rm 27 ni sempena umur dia. My mom bought her tudung. Shoo pretttttyyy! My mom can flex her tudung too sebab ada nama FAZURA.
“Aku rasa sebabkan harga yang murah 27 kut. Memang tak fikir panjang. Isteri pun beli sebab harga tu memang tak fikir sangat. Modal 100 dalam poket pun tak kisah sangat. Tak ada la rugi sangat. Wife kata design pun cantik.
“Tapi itulah, dia nak capai apa yang dia dapat sekarang perlukan masa yang lama,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sekadar informasi, tudung terbaru keluaran Fazura ini merupakan koleksi daripada kempen terbaharu yang diberi nama ‘Rahmat Ramadhan’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana dilihat mendapatkan di sebuah hospital swasta selepas mengalami patah tulang tangan kirinya.
Momen tersebut turut dikongsikan menerusi Instagram kanak-kanak berkenaan.
Lalu, insiden berkenaan pantas meraih perhatian di kalangan wargamaya.
Difahamkan, Lara alami patah tulang tangan sewaktu bermain bersama rakan-rakan di kawasan kediamannya.
Ia berlaku selepas Lara sekeluarga pulang daripada bercuti di Langkawi.
“Okay lah since ramai yang tanya, cerita dia macam ni. Balik je dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa main dengan kawan kawan kat kawasan rumah.
“Biasa lah lama tak jumpa kawan, excited. Tetiba time lari lari tersungkur dan jatuh atas jalan.
“Seluar koyak, lutut berdarah. Daddy pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. mula mula tak perasan, tetiba Lara complain sakit tangan dan lengan mula bengkak.
“Bawa pergi emergency, terus buat XRay. 2 tulang patah,” jelas kapyen terbabit.
Melihat di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Lara cepat sembuh dah pulih seperti sedia kala.
“Allahuuuu… Get better n feel great soon Lara! U can do this strong girl.,” tulis seorang wargamaya.
“Insyaallah lara cpt sembuh. Sbb lara masih kanak2 lagi. Jgn risau ya pertumbuhan tulang sedang meningkat. Bnyk minum susu kalsium. Lgpun klu patah dekat lengan mmg cepat sembuh sistem peralihan darah dekat berbanding kaki patah,” titip seorang warganet.
“Strong gurl! Kesian daddy, jantung mesti laju jeee. Semoga cepat sihat Lara!,” doa peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lara Alana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.