Selepas lama berteka-teki, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya sudah tidak terlibat lagi di dalam filem The Original Gangster arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Jelas Aaron, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini disebabkan rasa hormat kepada bapa Syamsul yang juga merupakan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.
“Apa yang boleh saya katakan, saya tak terlibat untuk filem The Original Gangster. Kini, saya terlibat untuk filem Sherif. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan. Saya hanya bersikap profesional.
“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya masih beri muka kepada Datuk Yusof Haslam. Saya sudah anggap dia seperti bapa sendiri,” katanya kepada MH.
Malah, pelakon asal Singapura itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan perselisihan faham dengan Syamsul.
Ads
“Tentang perselisihan faham itu, biarlah mereka yang faham sahaja tahu. Yang tak tahu, kita biarkan begitu. Saya tak mahu membuka apa-apa cerita.
“Dia pun sedang menghadapi pelbagai masalah dan macam-macam dugaan. Saya hanya doakan yang terbaik. Saya pun dah maafkan segala yang berlaku,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Aaron turut menegaskan diri bukan menarik diri sebaliknya dibuang daripada terlibat didalam filem yang dikhabar bakal menjadi filem termahal di dalam sejarah negara ini.
Ads
“Status sekarang, saya bukan menarik diri tapi dibuang. Saya sudah diberikan skrip. Dia pun ada datang rumah saya dua tiga kali, berbincang dan jalani latihan.
“Tiba-tiba saya tak diperlukan lagi. Namun, saya percaya pada qada’ dan qadar. Allah yang merancang semuanya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Andai kata ini bukan rezeki, saya kena terima,” katanya lagi.
Aaron berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Bagaimanapun, Aaron teruju apabila dia kini bakal muncul menerusi filem aksi terbaru arahan adik, Syamsul iaitu Syafiq Yusof yang berjudul Sherif
Ads
“Dalam filem Sherif ini, saya akan bawakan watak antagonis. Watak ini sangat gila. Nemesis saya dalam drama ini adalah Syafiq Kyle dan Zul Ariffin.
“Saya rasa ramai yang menanti-nantikan babak aksi diantara saya dan Zul. Permintaan para peminat akan kami sampaikan,” akhirinya.
Pada TADS2022, Aaron telah dinobatkan selaku pemenang anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Drama lakonan Aaron itu juga turut diangkat sebagai Drama Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkunjung ke kediaman Allahyarham Siti Nur Surya Ismail di Telemong, Terengganu baru-baru ini.
Prihatin atas nasib yang menimpa keluarga arwah, Ebit dilihat mengisi masa dengan menziarahi ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam itu.
Malah, sepotong video pendek yang merakamkan Ebit dipeluk erat bapa Allahyarham, Ismail Muda, 58, sejurus bertemu di Instagram turut menjentik hati wargamaya.
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis.
“Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, titipan sama beserta dengan beberapa foto sekitar kunjungan turut dikongsikan Ebit menerusi Facebook, awal semalam.
“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser.
“Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah.
“Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat,” tulis Ebit seolah-oleh mengimbas antara perkongsian dari bapa arwah.
Pilu atas apa yang berlaku, Ebit turut menyifatkan betapa berat ujian yang menimpa keluarga berkenaan.
“Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai.
“Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga,” tulisnya lagi.
Foto: Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Britain, Jessie J berkongsi perkembangan kesihatan terkininya selepas menjalani pembedahan kanser payudara kira-kira empat minggu lalu, sambil meluahkan bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan fizikal dan mental yang mencabar.
Menurut penyanyi lagu Price Tag itu, walaupun pergerakan tubuhnya semakin baik dan keadaan fizikal menunjukkan kemajuan, namun secara emosi, dia mengakui sedang berdepan fasa yang agak mencabar.
“Minggu ini genap empat minggu sejak pembedahan. Saya rasa baik-baik saja. Ada hari yang lebih sukar dari biasa. Tubuh saya makin kuat, masih sakit tapi saya sudah mula rasa seperti diri saya semula. Tapi secara mental, semuanya mula menyusul, saya beri ruang untuk diri sendiri rasa semua ini. Ia seperti menaiki rollercoaster,” tulisnya di laman Instagram.
Jessie J turut memaklumkan bahawa anak lelakinya, Sky, kini berada di Denmark bersama keluarga sebelah suaminya selama dua minggu. Tempoh ini katanya digunakan sepenuhnya untuk dia menjalani sesi fisioterapi dan berehat, selain mengambil peluang menyusun semula kediaman dibantu ibunya dan adik perempuannya.
“Sky pergi selama dua minggu dengan ayahnya dan keluarganya di Denmark. Saya rindu dia sangat… Tapi saya tahu saya perlukan rehat ini,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Jessie turut menyentuh tentang cabaran emosi yang timbul apabila tidak dapat mendukung anaknya buat beberapa bulan ke depan.
“Saya tak dibenarkan angkat Sky buat masa ini dan itu memang sukar untuk saya. Saya hanya mahu peluk dia erat-erat dan berpusing-pusing. Tapi dalam konteks lebih besar, ia pengorbanan kecil untuk nikmati kesihatan dan hakikat bahawa saya masih di sini, masih hidup,” jelasnya penuh emosi.
Penyanyi berusia 36 tahun itu juga menzahirkan harapan untuk kembali sihat sepenuhnya agar dapat mendukung anaknya semula, yang menjadi antara motivasi terbesar buat dirinya kini.
“Suatu hari nanti saya akan dapat angkat dia dan beri pelukan. Hari itulah yang saya nanti-nantikan. Itulah yang buat saya terus kuat pada hari-hari yang terasa aneh ini,” tulisnya.
Jessie J sebelum ini mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap kanser payudara dan telah menjalani pembedahan sebagai sebahagian daripada rawatan. Ramai peminat dan rakan selebriti turut meninggalkan kata-kata semangat dan sokongan di ruangan komen.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nubhan meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan segelintir pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana telah ditamatkan kontrak.
Menurut Nubhan, dia menyerahkan seratus peratus kepercayaan kepada isterinya itu untuk menentukan apa sahaja mengenai masa depan kerjayanya dan dia telah pun memutuskan untuk menjadi suri rumah.
“Amboi, sedap mulutnya cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran permanant dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.
“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Takpelah, pendapat orang macam-macam.
“Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan? Sebab kita bukan tuhan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bersama entri berkenaan, Nubhan turut dilihat menyertakan surat tawaran isterinya yang diserap untuk bekerja secara tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 bermula Jun yang lalu.
Jelas Nubhan lagi, dia enggan untuk mengambil peduli kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir pihak kerana percaya dengan segala rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit ko aku nak kikis. Dia sebaik perancang, dia juga menentukan rezeki kita masing-masing.
“Ramai yang tau tapi mngkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.
“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana jugek. Tapi macam mana yang takda ilmu dan takda adab eh? Boleh sesiapa tolong jawabkan? I is konpius ni,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Nubhan dan juga isterinya.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.
Sumber: Instagram Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Harissa Adlynn terkilan apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia mudah rasa tidak selesa bila ada pelakon lelaki yang cuba rapat dan berbuat baik dengan dirinya ketika di set penggambaran.