Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyifatkan keputusan isterinya juga bintang terkenal, Noor Neelofa yang berkongsi wajah anak sulung mereka, Muhmmad Bilal, sembilan bulan, di Instagram, semalam bagi ‘sifarkan’ tohmahan.
Menurut PU Riz, 27, setiap tindakan dan apa pun yang hendak dilakukan perlu disertakan dengan ahklak.
“Bagi saya, jangan keterlaluan dan melampaui batas agama. Tidak kisah anak siapa pun, selebriti atau orang biasa. Tidak elok jika kita bercakap sesuatu yang tak baik kepada anak orang lain. Perlu fikir apa perasaan ibu bapa itu,” katanya.
Riz menambah, dia sedih dengan tindakan segelintir pihak yang menyunting wajah anaknya selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab menularkan penampilan Bilal di tempat umum.
“Kami sebagai ibu bapa, sedih dengan sikap orang kita. Kalau saya, memang tak tergamak nak buat begitu kepada anak orang lain. Walupun kenal baik atau tak dengan kita, itu bukan cara dan tindakan yang betul. Malah, tak perlu nak sentuh sampai tahap begitu.
“Hargai ciptaan Allah SWT. Jangan ubah. Sebagai manusia ia tindakan biadab dan kurang adab. Sebab itu saya nyatakan, apa saja nak dibuat kena dilakukan dengan akhlak. Malah, siap ada mesej saya suruh bertabah dan sebagainya. Bagi say aitu dah macam satu fitnah,” katanya.
Dalam masa sama, Riz turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, pengikut di laman sosial dan rakan artis yang sentiasa menitipkan kata-kata dan doa yang baik buat mereka sekeluarga.
“Saya sempat baca komen yang ditulis, alhamdulillah, ramai lagi yang sayangkan Bilal dan kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang baik-baik.
Ads
“Harapnya, mereka yang teringin sangat nak ambil tahu mengenai anak kami, sudah boleh melihat sepuasnya,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa foto dan video yang memaparkan wajah Bilal ketika didukung oleh Neelofa disebuah premis swasta.
Bagaimanpun, foto sama juga telah disunting dengan pelbagai bentuk wajah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan rasa sedih ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan Miss Universe pertama kali mencipta sejarah dalam 72 tahun penganjurannya apabila bakal menerima peserta berhijab pada pertandingan tahun ini.
Terbaharu, Khadija Omar, 22, telah dinobatkan sebagai Miss Universe Somalia yang pertama dan bakal mewakili negara tersebut di pentas Miss Universe 2024 yang dijangka berlangsung pada 16 November akan datang.
Pengumuman tetang pemilihan Khadija sebagai Miss Universe Somalia telah diumumkan oleh organisasi tersebut dalam satu hantaran menerusi akaun Instagram rasmi mereka.
Meninjau ke Instagram gadis manis berhijab ini, Khadija menyatakan perasaannya yang terharu dan teruja apabila dipilih sebagai wakil pertama untuk mewakili negara kelahirannya.
“Hati saya berasa sangat gembira saat ini. Bertanding di Miss Universe adalah impian saya dan kini ia menjadi kenyataan. Rasa seperti tidak percaya saya mewakili negara saya.
“Beberapa hari kebelakangan ini terasa cukup beremosi. Saya sangat teruja untuk membawa peluang ini dan menunjukkan kepada dunia siapa saya, dari mana saya datang dan apa pendirian saya,” ujarnya apabila dipilih.
Walaupun begitu, ini bukanlah pertama kali Khadija menyertai pertandingan ratu cantik. Pada 2021 dia pernah mewakili Somalia di pentas Miss World dan berakhir sebagai 13 finalis terbaik.
Kemudian, tahun ini dia yang merupakan penduduk tetap Kanada turut menyertai Miss Universe Canada 2024 dan berjaya bergelar pemenang tempat keempat selain memenangi Most Photogenic Award.
“Saya bersyukur untuk pengalaman dan Pelajaran yang saya peroleh daripada Miss Universe Canada. Setiap langkap telah mempersiapkan saya untuk bab seterusnya. Saya bersedia dengan sepenuh hati,” kongsinya lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Amar Baharin menyatakan kerisauannya terhadap keadaan kesihatan isterinya yang juga merupakan pelakon jelita, Amyra Amyra Rosli yang kini dikatakan mengalami beberapa simptom pelik seperti sakit-sakit badan dan batuk berpanjangan.
Menurut Amar, simptom-simptom tersebut sebenarnya telah berlarutan semenjak isterinya disahkan positif Covid-19 sejak awal Mac yang lalu.
“Wife saya tak berasa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention).
“Batuk tak berhenti. Semua ini terjadi selepas positif SARS-CoV-2 6 Mac 2022,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan pihak doktor juga dikatakan gagal untuk mengesan penyakit yang dialami oleh isterinya itu.
Lantaran itu, Amar turut memohon saranan dan petua daripada semua pihak untuk berkongsi mengenai rawatan yang patut dijalani oleh isterinya itu.
“Ada sesiapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia.
“Kalau ada mohon share please. Kami tengah ikhtiar,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga keadaan Amyra dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
“Same. Tak ambik apa-apa. If dapat rehat I just rest, kerja pun ikut kemampuan je.
“Speedy recovery Myra .. if possible go to do medical check up maybe help to know the condition better.
“Allahuakbar. Semoga cepat sembuh Myra.
“Long covid syndrome maybe.
“Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan segera pada @aamyrarosli . Amin Ya Rabbal Alamin,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Amar dan Amyra telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.