Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu terhadap anak sangatlah besar dan tiada apa yang dapat membalas pengorbanan itu.

Hati MH tersentuh selepas membaca perkongsian penyanyi yang pernah menjuarai program Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin yang berkongsi kisah pendakiannya ke Jabal Nur sambil mengendong anaknya yang sedang tidur.

Bayangkan kudratnya digunakan untuk mendaki bersama bebanan berat daripada seorang anak yang masih kecil dalam pelukannya. Pastinya bukan mudah untuk Mila sampai ke puncak gunung tersebut.

IKLAN

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

“Sambungan CERITA Pandakian #JabalNur di Makkah.

 

“Nampak MENARA JAM dibelakang tu??? ALHAMDULILLAH Mommy telah berjaya naik ke PUNCAK Jabal Nur sambil DUKUNG @arifzikri17 yang lenaaa diulit Mimpi.. Ya ALLAH Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak #GunungCahaya pada Aras Ketinggian 642m! Memang MENCABAR tetapi Mommy TAK PUTUS ASA!

 

“Daddy pakai Slepar Jepun, jadi Mommy TAK BENARKAN dukung Arif bahaya.So Daddy jadi pemantau Mommy ?

 

“Tak dinafikan MEMANG PENAT, Mommy 42kg + 9kg Arif huhuhuhu terasa bergoyang dan bergetaq juga LUTUT waktu nak turun Gunung ni ?.Nak turun gunung LAGI MENCABAR dari naik.

 

“Walaupun ada Tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (Ada tinggi, ada rendah) dan bila Makin keatas, tangga nya makin CURAM.Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak GIVE UP, tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ZIARAH TERAKHIR ke #JabalNur kerana Jabal Nur akan DITUTUP unt lawatan oleh Kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus POSITIVE!

 

“Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir “Subhanallah, Bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di #GuaHira?Subhanallah, Allah Maha Mengetahui”

 

“Sampai sahaja di PUNCAK #JabalNur, Mommy tak ke Gua Hira, disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari Puncak dan laluan untuk turun kesitu agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama.Jadinya, Mommy tengok dari atas sahaja, Gua nya KECIL sahaja tetapi ramai orang berasak asak hendak masuk kedalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ #Alhamdulillah. .

 

“Dah berada di PUNCAK.dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh Indah (Kelihatan Menara Jam).Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami Ustaz Bismi @amerrzainal, dulu sebelum Menara Jam dibina, memang akan nampak Masjidil Haram & Kaabah..

 

“Apa apa pun menang 1 kenangan yang INDAH dan moga nanti Arif dah besar Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah ?

 

JABAL NUR
19 Apr 2018
1.14 AM (Saudi Arabia),” tulis perkongsian Mila.

Rata-rata peminat Mila turut meluahkan rasa terharu selepas membaca kisah pendakiannya ke Jabal Nur ini.

IKLAN

atiehamzah0905: Alhmdullillah…terharu sy..mmbacanya..syukurrr

hjhazurasulaiman: Subhanallah…terharu akk baca..bwk badan sendiri pn blom tentu lps ini kan gendong baby ..mmg salute dgn kamu

IKLAN

ayu.ipin67: Alhmdullilah..bkn mudah naik ke atas dengan mengendung anak..bwk diri seorg pon dah rasa terhuyung hayang..syukur2..

Sumber: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI