Terdahulu, penyanyi dari kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG telah menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara Al-Hidayah di TV3.

Menerusi rancangan tersebut, Radhi telah berkongsi pengalaman sebagai bekas penagih dadah dan pengalaman hidup kepada penonton.

“Saya sebagai salah seorang pengguna, atau bekas pengguna jangan salah anggap sebab saya diajar untuk memanggil diri saya sebagai penagih walaupun saya dah berhenti sebab itu adalah peringatan untuk kita bukan untuk mengaibkan diri,”

“Sebenarnya saya terjebak atas sebab satu rasa keinginan nak tahu sebab masa tu saya remaja. Remaja zaman kami dulu pasal tentang bahaya dadah ni tak banyak,”

IKLAN

“Nak imbas kembali, bukan untuk mengaibkan diri saya lah, okey betul saya pernah hilang lima ratus ribu ringgit, saya pernah jujur satu malaysia bahawasanya saya pernah hilang lima ratus ribu ringgit,”

“Sebab saya ada satu perangai saya suka simpan paket yang saya ambil tu, paket dadah yang saya ambil tu, saya simpan sampailah saya kira itu yang saya dapat tahu nilai dia lima ratus ribu,”kongsi Radhi.

IKLAN

Di samping itu, Radhi juga turut berkongsi pengajaran yang dia miliki dalam pengalaman hidupnya sangat bermakna selepas terlibat dengan najis dadah.

“Family saya dulu hancur sebab saya tak dapat nak jaga diri saya, macam mana saya nak jaga family saya? Bottomline memang saya tak terjaga lah sebab terlalu degil. Inilah dugaan yang Allah bagi pada saya,”

IKLAN

“Sebelum ni memang saya jarang fikir pasal Allah, bila Allah dah uji, terkesan dalam hidup saya.Astafirullah Allazim, keinginan saya untuk berhenti pun adalah izin dia, jadi kalau dia tak izin memang tak dapat,”

Menurut Radhi, dia mengharapkan semua penonton boleh menjadikan kisah hidupnya sebagai iktibar dan pengajaran.

“Bagi saya, kalau nak keluar daripada dunia penagihan ni, first kita kena minta izin daripada Allah, buat kerana Allah, buat kerana diri sendiri sahaja tak cukup, buat kerana Allah,”

Video : YouTube TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI