“Saya menyerah. Saya sudah berputus asa mengharapkan yang terbaik didalam hidup bermasyarakat ketika ini. Bila saya tak mahu berkongsi kisah hidup saya, orang akan fikir yang bukan-bukan.
“Bila saya dipaksa untuk berkongsi sedikit perihal hidup saya, orang pula akan menilai saya. Satu hari nanti, saya akan ceritakan kisah saya. Buat masa sekarang, bergembiralah bercakap fasal saya.
“Gelakkan sahaja saya jika itu yang buatkan hidup anda gembira,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Nadia, dia enggan membuka mulut mengenai kisah pencerainnya kerana maju menjaga aib sendiri dan bekas suami.
Ads
“Inilah masalah masyarakat kita, bila cerita dijaja maka seronok anda bercakap. Bila tak diceritakan, pandai pandai buat bahan jajaan sendiri.
“Salahkah saya menjaga aib kami? Berdosakan kami pada anda sekiranya kami tidak bercerita?,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Nadia turut berharap agar semua pihak berhenti membuat andaian dan bercakap mengenai kehidupannya.
“Percayalah, apa sahaja yang anda fikirkan, saya bukan orang yang jahat. Anda semua tak kenal pun saya.
Ads
“Jika anda lihat saya di televisyen atau pernah berselisih bahu dengan saya di majlis atau pusat membeli belah, anda tetap masih tak mengenali saya,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Nadia selain turut menasihatinya agar mengabaikan komen-komen negatif.
“Semoga terus kuat. Awak punyai hak sendiri dan jangan peduli dengan kata-kata orang yang tak kenal awak pun.
“Nadia Annuar wanita yang berani, kuat dan cekal. Memberikan semangat-semangat positif kepada para wanita di luar sana.
Ads
“Itu kehidupan awak. Tak perlu nak jelaskan kepada sesiapa. Abaikan sahaja. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak.
“Jodoh di tangan Allah. Siapa kita nak persoalkan kuasa Allah. Lantak la apa orang nak cakap. Teruskan kehidupan dan perbaiki diri,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, menerusi temubual di laman Instagram, Majalah Nona, Nadia memaklumkan dirinya telah bercerai dengan suami yang juga ahli perniagaan, Hafiz Salleh selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar informasi, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa.
Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadia Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam ramai selebriti tempatan yang mengikat tali perkahwinan bersama pasangan masing-masing, namun ada di kalangan bintang kita ikatan cinta yang akhirnya terputus di pertengahan jalan.
Selepas Jue Aziz dan terbaru penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 8, Daus Eli yang mengakui sudah bercerai dengan isterinya, terkini pelakon Sharifah Sofia turut mendedahkan hal sama.
Memetik laporan Astro Gempak menerusi HLive!, pelakon berdarah kacukan itu sudah pun berpisah, dan kini memegabg status ibu tunggal.
Bagaimanapun, Sofia yang pernah beraksi menerusi filem Pisau Cukur tidak pula mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.
“Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.
“Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.
“Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang,” kata Sofia.
Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein yang dilahirkan di England, berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009.
Hasil perkongisan hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Foto: Instagram Sharifag Sofia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Hafidz Roshdi mengakui dia tidak rasa isu dirinya yang sering ‘payung’ badan sasa menerusi media sosial keterlaluan hingga mengundang persepsi negatif pengguna media sosial.
Ini kerana, Hafidz menjelaskan dia masih tahu batas dan tetap menutup aurat pada bahagian pusat andai berkongsi foto menampakkan susuk tubuhnya itu.
“Sebenarnya, sebelum jadi pelakon lagi saya memang sudah aktif bersenam di gim untuk dapatkan bentuk tubuh ideal.
“Malah saya pun suka ambil gambar selepas bersenam pun. Cuma bila sudah aktif berlakon, ada ketikanya rutin di gim tak dapat dilakukan secara teratur.
“Sebab itulah bila ada tempoh senggang yang panjang, saya kembali lakukan hobi sama. Kalau yang kenal saya, tahulah minat saya, jangan salah faham,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai padangannya terhadap kritikan sesetengah netzien yang menganggap ia dilakukan bekas finalis Hero Remaja itu sebagai suatu cara untuk kembali ‘promosi diri’, Hafidz ada jawapan sendiri.
“Setiap persepsi yang mereka beri, saya tak boleh nak halang. Kalau yang mengenali diri saya, saya memang sempoi sahaja. Malah, isteri pun tahu saya memang macam tu sejak dulu.
“Malah kalau ada yang pernah ikuti saya menerusi Instagram lama (yang telah digodam), memang saya akan tutup bahagian pusat. Kalau terpaksa pun, saya akan tutup dengan mengenakan tali pinggang khusus ketika workout.
“Isteri tidak kata apa, dia okay saja. Bukan nak beri jawapan yang selamat, tapi itulah hakikatnya. Bukan sengaja nak tarik perhatian pun,” jelas Hafidz yang sibuk di lokasi drama 20 episod, Manuskrip Cinta di samping Siti Saleha untuk siaran TV Ok.
Terdahulu, Hafidz ditemui media pada majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, pada Sabtu.
Majlis terbabit turut dihadiri pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hefny Sahad dan Farhan Asri.
“Kalau nak diikutkan, saya memang perokok sebelum mendirikan rumah tangga, bagaimanapun saya beralih kepada produk alternatif berhenti merokok pula,” akhirinya.
Untuk informasi lanjut mengenai produk berkenaan, layari www.ncig.com.my.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Indonesia, Jessica Iskandar telah selamat mengikat tali perkahwinan buat kali kedua bersama jejaka pilihan hati, Vincent Verhaag pada Jumaat, 22 Oktober 2021. Mereka telah berkahwin di sebuah gereja di kawasan Bintaro, Tanggerang Selatan dan kemudiannya majlis resepsi diadakan di Ayana Midplaza, Jakarta Pusat.
Jessica atau lebih mesra dipanggil Jedar meluahkan rasa bahagianya. Menerusi laporan Tribun News, pelakon berusia 33 tahun ini berkata, “Dari momen itu Vincent melihat aku dari jatuh sampai boleh bangkit kembali dan kemudiannya belajar untuk mencintai diri sendiri sehinggalah aku membuka hati sekali lagi.”
Jessica menambah yang pada mulanya dia tidak berniat untuk menjalin perhubungan dengan suaminya itu dan hanya menganggap hubungan mereka sekadar teman.
Kongsinya, “Kenapa aku yakin, selain Vincent berada bersamaku saat melalui momen terberat dalam hidup. Dia juga membuatkan aku terasa nyaman dan amat di dekatnya.”
Vincent Verhaag pula berkongsi perasaan apabila bergelar suami wanita anggun itu, ujarnya, “Luar biasa, bahagia, happy dan finally yeah. Dari dulu aku ada prinsip kalau visi misi sama itu lebih mudahlah untuk menjalani hubungan, kalau berbeza bukan susah tapi agak berat, untuk mencari yang sefrekuensinya itu.”
Dalam majlis resepsi itu Jessica kelihatan sangat menawan menggayakan gaun berona putih dan layah yang disulam dengan kata-kata positif manakala Vincent pula nampak kacak dalam persalinan sut rona biru lembut. Untuk majlis santapan pula Jessica mengenakan persalinan gaun halter tanpa lengan dan Vincent tampil dalam sut serba hitam.
Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa perhiasan yang mengasyikkan. Dekorasi majlis resepsi serba putih dan mewah dan dihiasi dengan karangan bunga-buanga segar menyerikan lagi suasana. Manakala untuk majlis santapan pula dilatari dengan kain rona hitam dan diserikan dengan perhiasan rona emas dan putih menyerlahkan nilai eksklusif.
Untuk informasi pembaca, Jessica sebelum ini pernah berkahwin dengan bangsawan Jerman, Ludwig Franz Willibald Maria Joseph Leonard pada tahun 2013 sebelum bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebelum perkahwinan yang kedua ini, Jessica pernah mengikat tali pertunangan dengan model dan pelakon, Richard Kyle pada tahun 2019. Namun hubungan ini kandas di tengah jalan.
Jessica mula popular menerusi debut filem lakonannya, Dealova pada tahun 2005. Dia juga pernah berlakon dalam filem Malaysia bertajuk Diva pada tahun 2007 disamping Ning Baizura, Adam AF2 dan Awal Ashaari.
Penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, berkongsi pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan apabila dia pernah diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu.
Pengalaman menyakitkan...