Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memperbetulkan kekeliruan susulan wujudnya artikel yang dikeluarkan segelintir blogger hiburan yang menggunakan tajuk seolah-olah memberi bayangan dia dan suaminya, Aliff Aziz sudah berbaik.

Perkara tersebut dijelaskan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi hantaran di Insta Stories, pada Selasa.

“Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

“Jawab salah, tak jawab lagilah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan,” tulisnya. 

Menerusi hantaran sama, Bella turut memohon agar semua pihak tidak membuat andaian sendiri mengenai hubungannya dengan Aliff, ketika in

“Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk stop buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam Bella.

IKLAN

“Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf, saya hormat kerja rakan media,” jelasnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Bella memilih untuk mengunci mulut terhadap dakwaan dia sudah berbaik dengan Aliff Aziz.

Menerusi laporan berkenaan, pengurus Bella, Umi Atiqah berkata, segala dakwaan akan dijawab tuan badan selepas kes mahkamah antara Bella dan Aliff selesai.

IKLAN

Difahamkan juga kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun, sekaligus ada dakwaan yang mendakwadia sudah kembali berbaik dengan suaminya.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

IKLAN

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI