Pelakon Riena Diana mengakui sudah menemui kebahagiaannya apabila tidak menafikan kini menjalin hubungan dapat bersama aktor Keith Foo.

Menurut Diana, mereka saling mengenali sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3. 

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya.

“Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. 

IKLAN

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir.

“Doakan yang terbaik buat kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Janna Nick & Dini Schahatzmann di Putrajaya, pada Ahad.

Dalam pada itu, Keith berkata, Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan mereka mempunyai banyak persamaan.

IKLAN

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini. 

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini. 

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula. 

IKLAN

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Imbas kembali, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun. 

Namun, mereka memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019.

Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI