Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil menjelaskan foto gambar tangan seorang lelaki yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Menurut Puteri Sarah, itu ialah tangan milik aktor Indonesia dan ahli perniagaan, Andi Arsyil Rahman ketika mereka bertemu rakan perniagaan berkenaan.

Puteri Sarah pada masa sama menjelaskan, dia tidak bersendirian ketika bertemu lelaki berkenaan, sebaliknya anak-anaknya juga ada bersama.

“Saya pergi Jakarta sebab ada komitmen penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan terpaksa ditundakan. Tapi dalam masa yang sama saya ada juga buat perniagaan.

“Namanya Andi Arsyil dia merupakan pelakon Indonesia tetapi sekarang dia juga memberikan fokus terhadap perniagaannya.

“Kebetulan kami juga berminat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan, produk penjagaan wajah dan tudung.

IKLAN

“Saya buka di Malaysia, sekarang kami sudah lebarkan sayap perniagaan di Singapura dan dia adalah rakan perniagaan saya.

“Saya selesa bersamanya sebagai rakan sekerja kerana dia juga melakukan perniagaan yang sama dengan saya,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib.

IKLAN

Mengulas mengenai detik pertemuan, Puteri Sarah memaklumkan dia mula mengenali aktor tersebut ketika berada di Jakarta atas tujuan kerja.

“Saya selalu ke Jakarta, jadi bila melakukan mesyuarat kita akan bertemu dengan ramai orang dan kami bercakap mengenai hal perniagaan.

“Dia juga ada menyatakan hasrat untuk memperkembangkan perniagaan penjagaan wajah di Malaysia dan Singapura, di situlah bermulanya perkenalan kami.

IKLAN

“Saya jumpa dia bukan seorang tetapi ramai-ramai termasuk pengurus peribadi dan anak saya pun ada sekali. Tak akan saya nak kacau orang punya,” selorohnya.

Terdahulu, Puteri Sarah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto tangan seorang lelaki sedang memegang telefon menerusi Instagram Story baru-baru ini.

Foto tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI