Pelawak dan penyampai radio, Shuk (kumpulan Balas/SYJ) selamat menimang cahaya mata kedua petang tadi.

Perkara itu dikongsikan di Instagram rasmi Hot.fm iaitu tempat Shuk bertugas sebagai deejay radio berkenaan menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH).

“Alhamdulillah. Tahniah Shuk atas kelahiran anak keduanya hari ini!

“Mesti comel kan! Tak sabarnya admin nak jumpa ..Cuba teka baby girl ke baby boy?,” tulis radio rasmi berkenaan.

IKLAN

Video tersebut memaparkan Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sedang iqamat anaknya.

IKLAN

Lalu,netizen turut menitip ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata keduanya itu.

Tahniah! Shuk Selamat Timang Anak Kedua Tahniah! Shuk Selamat Timang Anak Kedua Tahniah! Shuk Selamat Timang Anak KeduaBagaimanapun,pelakon filem Adnan Sempit 2 ini tidak berkongsi sebarang video atau gambar di Instagram miliknya buat masa ini.

IKLAN

Untuk rekod, Shuk dan isteri, Rossalennah  mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015.

Mereka juga dikurniakan cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain,3.

Video: Instagram HotFm

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI