Setelah kembali bergelar seorang isteri, pelakon Fasha Sandha semakin gemar berkongsi rakaman video masakan di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ada berkongsi satu rakaman video ketika dia memasak Nasi Lemak buat suami dan adiknya pada waktu malam.
“First time masak nasi lemak untuk suami dan adikku yang lapaq nasik waktu malam Masak ja apa ada dalam peti ais, pakai santan kotak ja.
Dalam pada itu, peminat kepada bintang filem Anak Halal itu telah memuji Fasha yang kini semakin rajin memasak dan bersikap penyayang terhadap suaminya.
Ads
Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz pada 30 Mac yang lalu di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Jalan Kangar, Padang Besar, Kangar, Perlis.
Penyanyi, Linda Eva tidak dapat menyembunyikan perasaan risau apabila mengenangkan nasib menimpa anak lelakinya, Muhammad Haziq Hasbullah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Difahamkan, bintang remaja berusia 19 tahun itu terlibat dalam nahas jalan raya ketika membonceng motosikal yang ditunggang bersama rakan.
Bagaimanapun, Haziq dilaporkan mengalami kecederaan parah sementara rakannya pula cedera ringan.
“Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya saya memikirkan Haziq sedang bertarung dengan kesakitan. Tolonglah doakan dia,” luah Linda.
Dalam pada itu, anggota kumpulan Putra Band berkenaan sedang menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia), Cheras, Kuala Lumpur.
“Semenjak masuk wad pada hari kejadian, anak saya telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali di bahagian kaki kanannya kerana saluran darah yang pecah akibat kemalangan.
“Selepas ini akan ada lagi beberapa pembedahan susulan. Saya tidak mendedahkan kepadanya kerana tidak mahu mengganggu fikiran Haziq yang sedang fobia.
“Ibu mana tidak sedih melihat keadaan, fikiran dan emosi anak yang terganggu kesan kemalangan,” katanya.
Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata ini turut meminta ramai supaya berdoa agar anak lelakinya itu sembuh seperti sedia kala.
“Kalau boleh, janganlah diungkit hal berkaitan kemalangan kerana saya tidak mahu dia bersedih.
“Kepada yang datang melawat, berbuallah perkara yang membuatkan dia gembira dan kembali bersemangat,” pinta Linda yang sebelum ini sinonim menerusi lagu Bulan Cinta bersama kumpulan dangdut, EVA.
Haziq sebelum ini pernah terbabit dalam kemalangan dua tahun lalu apabila motosikal ditunggang merempuh sebuah lori yang dipercayai parkir di bahu jalan.
Pada usia 48 tahun, bintang terkenal Bollywood kelahiran Nepal, Manisha Koirala kekal menawan seiring usia. Persona yang dibawanya kekal sehingga ke hari ini.
Sinonim sebagai antara aktres 90-an yang diminati di Malaysia, barisan filem lakonannya turut ‘memancing’ mata ramai pencinta filem Bollywood tempatan seperti Akele Hum Akele Tum, Dil Se, Mann dan banyak lagi.
Diagnosi dengan kanser Ovari sekitar 2012, wanita cekal ini nyata bangkit melawan penyanyi dan sehingga ke hari ini, derita yang dialami sudah tiada lagi.
Menarik, kami kongsikan beberapa foto terkininya khas buat pembaca.
Pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa syukur apabila anak kepada Datuk Eizlan Yusof, Zareef Yusof yang terselamat dalam tragedi kemalangan kru Mak Cun, Khamis lalu.
Perkara itu dikongsikan Erma dengan memuat naik video bersama kanak-kanak berusia 10 tahun itu.
“DIA sangat istimewa dihati aku..
Seorang anak yg dibesarkan dgn kehidupan yg sgt selesa TETAPI penuh dgn peradaban.
“Mulutnya tk lepas dari kata maaf..dia tk sombong dgn kesenangannya..pandai beli jiwa semua orang..such a sweetheart..
“Beberapa hari sebelum kemalangan dia
tidur dgn aku..kdg2 pegi set satu kereta dgn aku..mkn sama2..balik sama2.. pagi tu dia berangkat ke set dari hotel 5 minit awal dari aku..
“Bayangkn ketika aku melewati tempat kemalangan..aku nampak kereta dia dah terbalik. Aku berlari turun kereta dlm tangisan cari dia.
“Aku nampak dia duduk tepi jalan dlm keadaan terkejut.
“Alhamdulillah..malaikat jaga kau sayang..sedikit luka pun tkde.
“Aku tetap bawak dia ke hospital untuk check. Dan kau anak yg sgt kuat sayang..kau tetap nak teruskan shooting.. Terima Kasih Allah kerana kau selamatkan dia dr segalanya saat kau menghantar dugaan itu.
“Anak ku…kau berbakat seperti ayah kau..darah yg mengalir dlm tubuh kau ada darah seni.
“Tapi ini bukan tempat kau sayang..ini hanya tempat utk kau bermain…kau ada tugas yg lbh besar yg kau harus selesaikan iaitu persekolahan mu. Apa pun..kau selalu dan akn sentiasa berada di dalam hatiku.. #mysweetheart,” tulis Erma penuh emosi.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.